Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menganjurkan Simposium Hari Malaysia 2014, Di Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Negeri Sabah. Simposium ini dianjurkan sebagai inisiatif untuk mengetengahkan besar ke arah memperkukuhkan pembinaan Bangsa Malaysia. Simposium ini akan mengetengahkan para panelis yang berwibawa seperti Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Prof Madya Dr Saharuddin Badaruddin, Tuan Haji Sainuri Yahmin, Puan Fadhlina Sidek, dan Saudara Kevin TP Lim. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan dijangka akan mengetuai pengumuman Resolusi Simposium Hari Malaysia 2014. Berikut adalah tentatif serta butiran simposium:
Aturcara Simposium Hari Malaysia 2014
13 September 2014 bersamaan 18 Zulkaedah 1435H
7:30 – 8:30 pagi / am Pendaftaran
8:30 – 9:30 pagi / am Majlis Perasmian Simposium Hari Malaysia 2014
Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Ucapan Aluan oleh Y. Bhg. Sdr. Jaafar Mahmud (Yang Dipertua ABIM Sabah)
Ucapan Perasmian Simposium Hari Malaysia bersempena Muktamar kali ke 43 ABIM Oleh / by : YB Datuk Haji Tawfik Datuk Haji Abu Bakar Titingan (Menteri Belia dan Sukan Sabah)
9:45 – 10:45 pagi / am Ucaptama Pembinaan Bangsa Malaysia: Konsep, Cabaran dan Kesungguhan Oleh / by : Dato’ Dr Siddiq Fadhil (Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia-WADAH)
10:50 – 11:30 pagi / am Slot 1: Pembinaan Bangsa Malaysia: Peranan Generasi Muda Oleh / by : Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin (UiTM)
11:30 – 12:30 t/hari / pm Forum Panelis: 1) Tn Hj Sainuri Yahmin (Pengerusi Majlis Gabungan NGO Islam Sabah) 2) Puan Fadhlina Sidek (Naib Presiden HELWA ABIM) 3) Sdr. Kevin TP Lim (Presiden MBS)
12:30 – 1:00 t/hari / pm Resolusi & Majlis Penutup Oleh / by : Y. Bhg. Sdra Amidi Abdul Manan (Presiden ABIM)