ABIM Anjur Program Kesihatan Untuk Orang Rohingya Di Malaysia

October 19, 2013
hafiz@cyberoket

19 Oktober 2013 – ABIM Pulau Pinang dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM), Hospital Seberang Jaya serta Rohingya Education Centre telah menganjurkan program Kesihatan untuk warga Rohingya yang berada di Pulau Pinang.  Seramai 10 orang doktor termasuk 2 org doktor gigi akan mengadakan program kesihatan. Antara aktiviti yang dijalankan yang ialah ceramah kesihatan, kempen anti makan pinang dan merokok, klinik ibu mengandung, rawatan gigi untuk kanak-kanak. Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dr Afif Bahardin telah menyumbang ubat-ubatan menerusi pusat khidmat masyarakatnya di Seberang Jaya.

Dr Afif turut sama menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma untuk warga Rohingya yang berkunjung ke prorgam. Program ini adalah inisiatif oleh Dr Sumaiyah, yang bertugas di Hospital Seberang Jaya. Pulau Pinang. Program ini turut dianjurkan secara bersama dengan team PAPISMA.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR