4 Ogos 2014, Kajang:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), telah menerima kunjungan daripada Bapak Ade Salamun, CEO LAZIS Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII). Bapak Ade Salamun telah disambut oleh Presiden ABIM, Amidi Abd Manan serta beberapa orang pimpinan ABIM. Tujuan ziarah untuk mengeratkan hubungan antara 2 NGO Islam besar Asia Tenggara iaitu ABIM dan DDII. Antara bentuk kerjasama yang telah dijalinkan ABIM-DDII ialah program Wakaf Qur’an serta pembangunan pendakwah terutama sekali di sekitar kepulauan serta pedalaman Indonesia. Beberapa ruang kerjasama antara kedua pihak turut dirancang dan bakal diketengahkan dalam masa terdekat.