Umar Mukhtar: Singa Padang Pasir Yang Digeruni Tentera Itali

September 27, 2021
editor@abim

Umar Mukhtar: Singa Padang Pasir Yang Digeruni Tentera Itali

Pada tanggal 16hb September 2021, genap 90 tahun pemergian Singa Padang Pasir, Syeikh Umar al-Mukhtar Muhammad bin Farhat al-Manifi as-Sanusi. Beliau merupakan pemimpin pergerakan perjuangan terhadap penjajahan Itali di Libya pada 1920-an dan 1930-an.

Meski usianya semakin senja, dan kekuatannya terus berkurang, Syeikh Umar Mukhtar tetap tidak mahu mengendurkan serangan hingga akhirnya tertangkap oleh pasukan Itali.

Penjajah segera mengadilinya, dan menuduhnya telah melakukan kesalahan berat.  Beliau yang ketika itu sudah berusia 73 tahun dijatuhkan hukuman gantung; meskipun Perjanjian Geneva secara jelas menyatakan keperluan mempertimbangkan kesihatan dan usianya yang lanjut.

Beliau ditangkap pada 11hb September 1931 dan dihukum gantung sampai mati pada 16hb September 1931. Namun, hukuman itu tidak membuat beliau merasa gentar. Saat ditanya soal permintaan terakhirnya, Umar hanya menjawab, “Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang kepadanya).”

Impiannya untuk memerdekakan Libya daripada penjajahan hanya tercapai setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua, iaitu pada 1953. Pahlawan sejati Libya ini dijuluki Singa Padang Pasir. Keberanian dan kegigihannya dalam berjuang melawan kolonialisme menginspirasi dunia.

Hingga kini, Umar al-Mukhtar merupakan simbol pemersatu negera di utara Afrika itu. Heroisme Sang Singa Padang Pasir ini diiktiraf masyarakat antarabangsa sehingga dua tugu peringatannya dibina di Cuba dan Venezuela.  

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala mengampuni dan mencucuri rahmat ke atas beliau dan ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.

#SebarkanSalam

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR