5 pada 5 Julai 2014 (Sabtu), Bangi: Sekretariat Pembangunan Sosial ABIM menganjurkan Siri KAMAR 5 yang bertemakan Kesihatan Keluarga dengan kerjasama HELWA Angkatan Belia Islam Malaysia. Seramai 3 orang Pakar Kesihatan diketengahkan seperti Dr. Zafri Ismadi, Doktor Pelajar Sarjana Paediatrik di UKM, Dr. Shazni Izana, Pakar Obstetrik dan Gynaekologi di UTM dan Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin, Exco Biro Kesihatan ABIM. Antara tajuk yang dibincangkan ialah Reproduktif Remaja, Penjagaan Kehamilan & Penjagaan Reproduktif Wanita dan Perkongsian Pengalaman di lapangan.