Doa Kami untukmu Gaza, Syria, Myanmar, Xinjiang, Sri Lanka

July 9, 2014
editor-media

Umat Islam di seluruh pelusuk dunia dibunuh, disiksa, ditindas, kampung halaman dimusnahkan, dibakar, dirampas. Tiada apa sangat yang mampu kita lakukan. Bukanlah kerana musuh-musuh Islam itu terlalu kuat, tetapi kerana umat ini terlalu lemah. Benar sabda nabi s.a.w di dalam hadis sahih riwayat Imam Ahmad:

 

يوشك أن تداعى عليكم الأمم كما تداعى الأكلة علي قصعتها…قالو: أمن قلة نحن يومئذ يا رسول الله؟ قال: ”إنكم يومئذ كثير، ولكنكم غثاء كغثاء السيل. ولينزعن الله المهابة من

صدور أعدائكم وليقذفن في قلوبكم الوهن” قالو وما الوهن يا رسول الله؟ قال: حب الدنيا وكراهية الموت

bermaksud:

Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: “Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada ketika itu ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Bahkan pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari musuh-musuh kamu. dan Allah akan melemparkan di dalam hati kamu penyakit al-wahan”. Sahabat bertanya: “Apakah itu al-Wahan ya Rasulullah?”. Rasulullah bersabda: “Cintakan dunia dan takutkan mati”.

Moga-moga kita dijauhkan dari penyakit al-wahan ini.

Di bulan mulia ini semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara kami di Gaza, Syria, Myanmar, Xinjiang, Kashmir, Bangladesh, Sri Lanka, dan di seluruh dunia.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR