ABIM Ziarah Keluarga Allahyarham Adik Hafiz

July 8, 2014
editor

8 Julai 2014, Klang:  Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM, Puan Maria Kamel telah  menziarahi keluarga arwah adik Muhamad Hafiz Abdul Ghani yang meninggal dunia akibat dipukul ayah. Keluarga tersebut pada ketika ini menetap di Klang, Selangor Darul Ehsan. Alhamdulillah jenazah selamat diuruskan dengan baik oleh keluarga angkatnya (yang juga merupakan keluarga jauh sebelah ayah). Kehadiran kami disambut mesra oleh keluarga angkat arwah yang rupanya telah menjaga beliau sejak kecil lagi. Hanya rasa sayu dan sedih terbuku di hati mengiringi perkongsian ibu arwah.

Mempunyai 10 orang anak (arwah anak yang sulung) dengan seorang anak lelaki remaja OKU benar-benar menggamit kekuatan yang bukan sedikit dari si ibu untuk terus bertahan demi anak-anaknya. Kisah kehidupan yang tidak sedikit dikongsikan bersama dan tidak sekalipun dapat disamakan dengan kisah-kisah yang pernah kami dekati.

Dianggap seorang anak yang patuh dan baik, walaupun berat, keluarga menerima pemergian arwah dengan redha dan meletakkan sangka baik yang tinggi bahawa ini jawapan Allah kepada doa si anak yang pergi, biarpun tidak dapat meneruskan khidmat buat ibu dan keluarga yang banyak membantu, tetapi pemergiannya meninggalkan cahaya terang buat adik-adik yang ditinggalkan.

Sempena dengan lawatan ini, Puan Maria turut menyampaikan sumbangan Sinar Ramadhan  untuk meringankan bebanan yang dihadapi keluarga tersebut. Sebarang sumbangan juga boleh disalurkan terus menerusi Puan SITI HABIBAH ISMAIL 13020100005614 (Akaun: Tabung Haji).

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR