Infaq Ramadan 1442H Untuk Menghakupaya Umat

April 26, 2021
editor-media

 
Hubungi pautan whatapps berikut untuk butiran :https://wa.me/60126211545
Pautan untuk menyumbang :

https://www.billplz.com/infaqramadhanabim
.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.
.
Kehadapan Tuan-Tuan & Puan-Puan Yang Dihormati & Dirahmati Allah,

 

ABIM mempelawa penyumbang yang budiman untuk turut sama menjayakan kempen infaq dan sedekah pada tahun ini.
.
.Berikut merupakan antara pandangan jujur masyarakat awam terhadap Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Mencecah usia separuh abad (50 tahun), ABIM terus mengorak langkah memimpin generasi.

“Tak penat ke budak-budak muda ABIM ni? Tengok aktiviti, program, bantuan, produk usahawan, program ilmu… macam-macam. Pagi petang siang malam, hari minggu, hari cuti. Saya nampak anak-anak muda ABIM ini komited sungguh, tak henti bekerja”
 
“Pendirian sikap, pandangan dan pendapat yang segar, berani dan tegas. Saya selalu lihat kenyataan ABIM di akhbar atau di televisyen…”
 
“Saya suka dan seronok berkawan dan bekerjasama dengan orang-orang ABIM. Orang muda, progresif, ikhlas, terbuka… sentiasa mahukan yang terbaik untuk masyarakat dan negara… Jika tak bersetuju, ABIM akan beri pandangan jujur, menolak dengan cara baik. Kami dapat rasakan keikhlasannya…”
 
“ABIM adalah pertubuhan belia paling ideal. ABIM berani berdepan dan suarakan pandangan di depan sesiapa sahaja. Mereka independent. Ada bangunan, tanah, aset, perniagaan, koperasi, hospital, TASKI, sekolah SERI, SEMI, badan kemanusiaan, inisitatif alam sekitar. Dan menariknya, mereka memang dipimpin oleh orang muda belia…”
 
====================


Sumbangan bagi Infaq Ramadhan ini akan disalurkan bagi tujuan-tujuan berikut :

 

1. Pembangunan Pendidikan dan Dakwah Kepada Non-Muslim dan Saudara Baru;

2. Program-program Pembangunan Sosioekonomi Keluarga para Asnaf;

3. Program-program Bantuan Kemanusiaan (Malaysia dan Antarabangsa);

4. Program-program Bimbingan Belia dan remaja Islam ;

5. Penerbitan buku ilmiah dan pengedaran risalah dakwah.

Ayuh menyumbang! Inilah saham akhirat anda. Yakinlah janji Allah itu pasti! Redha Allah yang kita cari!

Tekan pautan di bawah untuk menyumbang:

https://www.billplz.com/infaqramadhanabim

[Bank Islam Malaysia Berhad/BIMB: 14-023-01-003252-7]

? https://www.abim.org.my
? https://www.facebook.com/abimalaysia

“Kepada seluruh umat, ayuh berjuang bersama kami dengan menghulurkan sumbangan melalui program INFAQ RAMADHAN @ ABIM.

Yakinlah! Usaha kita ini akan membantu menjadi solusi menghakupaya umat, dan pasti…pastinya akan mendapat keredhaan Allah. Insha Allah!”

Faisal Aziz, Presiden ABIM.

 
Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR