Pada 31 Disember sehingga 1 Januari yang lalu, PKPIM dengan kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan AWQAF Holdings telah mengambil satu pendekatan baru dalam menyambut tahun baru dengan menjayakan Street Dakwah PKPIM.
Membawa tema Rahmatan Lil Alamin, program ini dilaksanakan sebagai satu agenda advokasi kepada orang ramai mengenai kesedaran isu sosial yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Selain sebaran risalah dan pamplet, turut diadakan sesi soal jawab dan penerangan yang mensasarkan kepada masyarakat lalu-lalang yang hadir ketika itu.
Turut hadir bersama sebagai jemputan khas adalah YAB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Menteri Belia & Sukan), Saudara Jufitri Joha (Presiden Majlis Belia Malaysia) serta Saudara Muhamad Nur Iman Abdul Khudus (Presiden PKPIM).
Semoga Street Dakwah ini menjadi sebuah pengalaman berharga buat semua para peserta dan menzahirkan pengetahuan yang bermanfaat buat masyarakat setempat, insyaAllah.