Misi Kemanusiaan ABIM Santuni Pelarian Syria Di Beynuyogun, Turki

June 7, 2012
editor

4-7 Jun 2012 – Delegasi Misi Kemanusiaan ABIM telah mengagihkan bantuan ke perkhemahan rakyat Syria di Beynuyogun,kira-kira 30 kilometer dari Antakya, ibu negeri Hatay. Perjalanan mengambil masa 45 minit menempatkan 510 buah khemah dengan 1700 orang penghuni 400 daripadanya kanak-kanak. Kem ini dikendalikan oleh Bulan Sabit Merah Turki dan terletak kurang 1 kilometer daripada sempadan Syria- Turki.

Kerajaan Turki tidak membenarkan kem ini dilawati oleh sesiapa dan dikawal rapi oleh tentera. Kami hanya dibenarkan berada di pejabat Bulan Sabit Merah Turki dan menemuramah 2 orang rakyat Syria di pejabat tersebut, seorang daripadanya melarikan diri daripada Syria ke kem tersebut 3 bulan yang lepas dan seorang daripadanya merupakan seorang rakyat Syria (Kristian) yang bekerja di New York dan ingin mencari jalan pulang ke Syria untuk bersama dalam kebangkitan rakyat.

Pertemuan dengan kedua mereka sedikit sebanyak mengubat kekecewaan kami kerana tidak dapat melawat sekitar kawasan kem dan masuk ke Syria.  Bagi menyelesaikan misi kami pada kali ini, sesuatu perlu dilakukan bagi menyempurnakan hajat salah sebuah syarikat yang menyumbang bagi misi ini iaitu Syarikat Aras Mega yang telah menyumbangkan beg. Justeru, kami membuat keputusan untuk pergi ke pasaraya di Antakya dan membeli beberapa jenis makanan dan minuman untuk diedarkan kepada anak-anak pelarian rakyat Syria.

Sebanyak 30 beg berjaya diedarkan dan sekurang-kurangnya kami telah berjaya mengukirkan senyuman di wajah-wajah anak-anak kecil di sebalik kedukaan mereka menghadapi konflik Negara mereka yang entah mereka faham ataupun tidak.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR