Grup Peguam ABIM Kembangkan Jaringan Antarabangsa di Turki

May 31, 2012
editor

31 Mei 2012 – Kunjung hormat ke pejabat Insani Yardim Vakfi (IHH), iaitu badan hak asasi dan kemanusiaan berpusat di Istanbul Turki. Mereka yg bertanggungjawab menganjurkan misi Freedom Flotila menghantar bantuan kemanusiaan ke Palesti melalui ekspedisi kapal Mavi Marmara yg akhirnya diserang oleh tentera Israel yg telah mengorbankan 9 nyawa pd 31 Mei 2010.

Di Istanbul, setiap 31 Mei diadakan majlis peringatan bagi memperingati peristiwa tersebut, di mana kapal Mavi Marmara telah dibawa naik ke daratan bagi mengenang tragedi tersebut. Kami tambah teruja apabila menjumpai seorang warga emas dtg drpd Scotland semata2 mahu menghadiri majlis ulangtahun memperingati peristiwa ini, dan lebih mengujakan lagi beliau salah seorang yg berada dlm kapal yg diserang tentera Israel tersebut.

Selain itu ini adalah kunjungan hormat pasca pembebasan 3 warga Uyghur, Xinjiang yg telah kami bela dan pertahankan hak mereka, di mana mereka telah dilepaskan dan dibebaskan daripada mahkamah Malaysia sekitar Mac 2012. Kami dihadiahi dua buah buku berkenaan pembebasan Turkistan Timur (Xinjiang) dan pembebesan Masjid al-Aqsa, selain satu CD yg mengujakan bertajuk Freedom: the Last destination ”a story of solidarity” sempena serangan tentera Israel ke atas kapal Mavi Marmara.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR