Referendum pada 16 April 2017 di Turki menyaksikan 50 juta pengundi daripada 55.3 juta pengundi telah keluar untuk mengundi iaitu sebanyak 86 peratus daripada jumlah itu sebanyak 24.763 juta yang menyokong sementara 23.54 juta lagi membangkang.
Ini bermakna kumpulan penyokong memperolehi sebanyak 1.3 juta undi majoriti. Referundum diadakan bertujuan untuk merubah 18 fasal dalam perlembagaan khususnya yang paling asas ialah mengubah sistem pemerintahan daripada sistem parlimen kepada sistem presiden.
Adakah Referendum ini dianggap sebagai KEMENANGAN DEMOKRASI ataupun Turki selepas ini akan menuju kepada NEGARA AUTOKRASI?
Ayuh bersama kita ikuti *Siri ABIM Global Forum* yang akan menampilkan 2 orang tokoh yang tidak asing dalam membicarakan perihal Turki.
*1) Tn Hj Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH.* *2) Mr Mehmet Ozay, Koresponden Anadolu Ajansi.*
Tonton video di pautan berikut:- waptv.my