Ibadah Puasa Bebaskan Insan Dari Belenggu Penghambaan Sesama Manusia:- Ahmad Azam Abdul Rahman

July 11, 2016
editor-media

Madrasah Ramadan adalah anugerah ALlah SWT yang terbaik bagi memperbaharui dan meningkatkan hubungan kehambaan dengan ALlah SWT dan mengukuhkan kebaktian dan kasih sayang sesama insan. Era pasca Khilafah Uthmaniyyah yang telah kita lalui hampir satu abad yang lalu diwarnai dengan malapetaka yang bertimpa ke atas umat. Penyakit kejahilan semakin berleluasa, jurang kemiskinan semakin melebar dan perpecahan sesama umat sudah hampir menuju kesempurnaan. Generasi baru pula akibat zaman penjajahan yang berlarutan telah menderita penyakit yang dinamakan oleh seorang pemikir Islam abad 20an, Malek Benabi sebagai ‘colonisibilite’ iaitu sifat merelakan diri diperhambakan dan berbangga pula dengan status perhambaan tersebut tanpa mahu berusaha untuk memerdekakan diri dan bangsa dengan melakukan perubahan. Menyedari akan hakikat inilah, Maqasid puasa di bulan Ramadan adalah pembebasan dari belenggu hawa nafsu agar sifat kehambaan kembali tuntas hanya kepada ALlah SWT, dan bukannya kepada makhluk ciptaan-Nya, dan kembali berperanan sebagai Khalifah-Nya di mukabumi ini, dan bukannya diperhambakan oleh Sang Penjajah. Mudah-mudahan dalam menyambut kehangatan dan kegembiraan Syawal kali ini, semangat Ummatik dalam pengertian perjuangan membebaskan umat dari belenggu kejahilan, kemiskinan dan perpecahan tadi bakal menyubur ke arah perubahan yang hakiki. Selamat Menyambut Syawal yang mulia. Minal ‘Aidin wal Faizin. Ahmad Azam Ab Rahman Presiden Wadah Percerdasan Umat Malaysia

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR