“Saya dulu, kira-kira 19 tahun dahulu merupakan salah seorang penggerak Perkampungan Menara Gading Kebangsaan ini. Apa yang hendak sampaikan adalah santai, mengenai lingkung mahasiswa bitara iaitu aktivisme, idealisme, spiritualisme dan intelektualisme adalah sama dengan falsafah pendidikan Kebangsaan iaitu JERI. Jasmani, Emosi, Rohani dan intelek.” Dr Norlaily Saidin yang mempunyai nostalgia tersendiri selaku fasilitator PMG ketika beliau aktif sebagai pimpinan PKPIM.
“Zaman mahasiswa lah yang paling tidak sibuk tidak seperti apabila berkerjaya. Jadi gunakan masa baca al-mathurat, pergi usrah, hadir program luar kelas dan sebagainya yang mendekatkan diri kepada masyarakat dan agama mengikut lingkung mahasiswa bitara” tegas beliau yang merupakan pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM).