“Isteri saya berkata,”eh anak murid ni dahulu tidak aktif pun di sekolah, tapi kini dia menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti luar negara” Saya jawab, “inilah kerja Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Inilah hasil Perkampungan Menara Gading Kebangsaan, inilah hasil didikan usrah dan program intelektual insyaallah ” kongsi Dr Zulkifli Hasan, Pensyarah USIM kepada peserta Perkampungan Menara Gading (PMG) anjuran PKPIM. Dr Zulkifli berkata demikian ketika berkongsi pengalaman salah seorang peserta PMG yang kini menjadi salah seorang pemimpin pelajar (Malaysia) di United Kingdom.
Senior PKPIM dan ABIM akan berpesan, jika kamu hadir ke forum dan program intelektual luar negara, kamu wajib tanya SOALAN. Kalau niat kamu sekadar hendak berseronok berjalan-jalan. Lupakan. Betulkan niat. Ketika zaman mahasiswa saya, saya rasa amat menyesal kerana tidak menggunakan masa sebaiknya dalam aktiviti kemasyarakatan juga program ilmiah kerana menurut pengalaman saya, sebaik sahaja selesai Final Exam, saya diberi tempoh hanya satu minggu sahaja untuk meneruskan kehidupan di alam kerjaya. Jadi masa bila untuk saya berkhidmat kepada masyarakat? ” -En Syahrir Azfar,CEO Malaysian Lifeline for Syria