Bengkel Falsafah Pendidikan Negara : Ke mana Kita?
Pendidikan adalah satu perkara yang lazim didengari oleh semua lapisan masyarakat. Sesuatu ilmu itu dapat disebarkan dan diperolehi melalui sistem pendidikan. Sistem pendidikan di dunia ini mempunyai pelbagai kaedah dan pendekatan yang disusun mengikut kefahaman tersendiri.
Negara kita juga mempunyai kaedah atau sistem pendidikan yang tersendiri. Namun sejauh mana pengetahuan kita tentang pendidikan dan kaedah pendidikan yang ada di negara kita?
Sukacitanya, ABIM Mesir dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) akan menganjurkan satu program iaitu Falsafah Pendidikan Negara: Kemana kita?.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan membincangkan bersama-sama penambahbaikan kepada sistem pendidikan di negara kita.
Dengan berbesar hati, Kami membuka peluang seluas-luasnya kepada seluruh Mahasiswa di Mesir untuk sama-sama mengikuti program yang dianjurkan ini. Butiran adalah seperti berikut :
🗓️Hari : 14 Oktober 2022 | Jumaat
🕕Masa : 8:00 pagi – 11:30
🏡Tempat: Dewan Shiekh Abdul Qadir Al-Jailani, Rumah Negeri Sembilan Darul Khusus
(Dibuka sehingga 13 Oktober 2022)
Sebarang pertanyaan berkenaan boleh hubungi Saudara Muaz di talian http://wasap.my/+601137948152