19 September 2015, Kajang:- Mohamad Raimi Abdul Rahim telah dipilih sebagai Presiden baru ABIM menggantikan Amidi Abdul Manan. Pemilihan ini telah dipersetujui secara konsensus oleh 300 orang perwakilan Muktamar ABIM Kali Ke-44 yang diadakan Di Kolej Dar Al-Hikmah pada 19 September yang lalu. Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden serta Setiausaha Agung ABIM. Beliau adalah peguam yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang Dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Sarjana Kriminologi Universiti Of Kent, United Kingdom. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk mulai tahun 2003-2005.
Seluruh warga ABIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Presiden Amidi Abdul Manan kerana menunjukkan kepimpinan yang baik dan menginspirasikan. Beliau kini meneruskan baktinya sebagai salah seorang exco Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
Berikut adalah senarai kepimpinan ABIM untuk 2015/2017:
Presiden: Mohamad Raimi bin Abdul Rahim
Timbalan Presiden: Ustaz Mohd Naim bin Mohd Nor
Naib Presiden I: Khairul Arifin bin Mohd Munir
Naib Presiden II (Ketua Helwa): Puan Fadhlina binti Sidek
Naib Presiden III: Mohd Khairul Anwar bin Ismail
Naib Presiden IV: Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
Naib Presiden V: Ustaz Khairuddin bin Abas
Setiausaha Agung: Muhammad Faisal bin Abdul Aziz
Penolong Setiausaha Agung: Puan Maria binti Kamel
Setiausaha Kewangan: Encik Syahrir Azfar bin Saleh
Exco: 1. Dr Zulkifli bin Hasan 2. Dr Shahrizal Azwan bin Samsudin 3. Nur Azura binti Kamarudin Sohami 4. Mohd Shazni bin Abdullah 5. Hasnul Haniff bin Harun 6. Mohd Firdaus bin Hamsin 7. Mohd Adli Zakuan bin Zairakthaini 8. Mohd Khairul Ridhwan Adha bin Akhyar 9. Zainuddin bin Hashim 10. Amalina binti Ismail