ABIM & FAMILY FRONTIERS ANJUR TAHLIL, BUAT IBU YANG TAK SEMPAT LIHAT ANAK JADI WARGANEGARA MALAYSIA
6hb Jun 2022 (Isnin): Alhamdulillah, bertempat di Taman Jaya Park, Petaling Jaya, ABIM dan Family Frontiers telah mengadakan Majlis Tahlil dan bacaan Yaasiin buat Almarhumah Puan Sabeena binti Syed Jafer, seorang ibu Malaysia yang terkesan akibat Undang-Undang kewarganegaraan Malaysia yang diskriminasi berdasarkan jantina.
Hadir sama menyampaikan ucapan adalah anak Almarhumah. Majlis bacaan tersebut diketuai oelh al-Fadhil Ustaz Mohd Shazni Abdullah, Naib Presiden ABIM.
Sementara Kerajaan terus menentang hak kewarganegaraan yang saksama untuk para ibu, Almarhumah Puan Sabeena telah menjalani kehidupannya sebagai warganegara kelas kedua. Empat anaknya yang sudah dewasa masih belum diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.
Melalui Majlis Tahlil ini, kami berharap dapat menghargai perjuangan dan kekuatan beliau di mana sehingga nafas terakhirnya, beliau tidak berputus asa memperjuangkan kerakyatan anak-anaknya.
Acara hari ini berlangsung selama dua jam dalam cuaca mendung dan dihadiri kira-kira 80 orang daripada pelbagai latar belakang, termasuk keluarga yang terjejas oleh isu serupa. Para hadirin turut melaungkan slogan #SayaJugaAnakMalaysia yang mana ia merupakan kempen selain #ManaDokumenKami yang menggesa kerajaan menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Para pimpinan ABIM turut mengedarkan risalah serta buku “Tafsir Surah al-Fatihah” karangan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang diterbitkan ABIM Press, secara percuma kepada hadirin serta orang ramai yang beriadah di taman tersebut.
•••
Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/