GPM Melaka Sampaikan Sumbangan Khemah kepada PKRC MITC, Melaka
18hb Februari: Alhamdulillah, Global Peace Mission (GPM) Melaka telah menyampaikan sumbangan sebuah khemah untuk kegunaan para petugas Barisan Hadapan di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 (PKRC) di MITC, Melaka. Khemah dipasangkan di separuh jalan, sekurang-kurangnya, mereka dapat berteduh semasa menjalankan tugas.
Kelihatan para petugas yang berpakaian lengkap dengan PPE, sedang melakukan ‘swab test’, di bawah mentari yang terik. Bayangkan bagaimana mereka bermandi peluh, bertugas untuk kebaikan rakyat. Moga sebaik-baik ganjaran Allah Subhanahu wa-Ta’ala kurniakan kepada mereka.
Terima kasih diucapkan kepada penaja dan juga mereka yang membantu agihan kali ini.
Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti