Perkampungan Menara Gading (PMG) PKPIM 2015 Terus Dapat Sambutan

February 17, 2015
editor-media

 

14 Februari, Kuala Lumpur:- Peserta  Perkampungan Menara Gading (PMG) 2015 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Kuala Lumpur berpeluang menimba pengalaman daripada Prof. Dr. Mohd Fauzan Nordin, Pensyarah Kuliyyah Teknologi Komunikasi dan Informasi, UIAM. Tambah ironik, beliau merupakan antara peserta PMG (dahulu dikenali sebagai Perhimpunan Pelajar Islam) ketika diadakan sekitar 80-an dahulu. Selain perkongsian pengalaman beliau turut menyentuh perbincangan mengenai Abdillah dan Khalifatullah serta Perjalanan mencapai tahap Insan (Data – Information – Knowledge – Intelligence – Wisdom)

 

5 Negeri sudah berjaya melaksanakan Perkampungan Menara Gading (Pahang, Perak, Johor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan). Masih berbaki 8 Negeri yang akan melaksanakan pada hujung bulan ini iaitu Selangor, Kedah, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan).

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR