100 Keluarga Terima Sumbangan Ramadhan Di Kota Belud

July 9, 2015
editor-media

Alhamdulillah, misi Sinar Ramadhan 1436H Infaq Dan Prihatin Daerah Kota Belud dijayakan dengan menyantuni ramai faqir, miskin, anak yatim, ibu tunggal dan warga emas. 4 pakej program yang berjaya dilaksanakan dengan kerjasama, sumbangan dan keprihatinan masyarakat Malaysia dan kekuatan pasukan sukarelawan. 100 Set Sumbangan Sekampit Beras Sekotak Kurma dimanfaatkan kepada 100 keluarga sekitar daerah Kota Belud.  Program Sungkai (berbuka puasa) di kawasan pedalaman di Kg. Wakap, Kota Belud. Pembaikpulihan Surau Kg. Siasai, Kota Belud. Agihan 200 Kotak air mineral ke sekitar surau kampung daerah Kota Belud. Semoga setiap infaq harta, masa dan tenaga penyumbang sekalian diberkati dan dinaungi rahmat Allah.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR