📖 PERTANDINGAN MENGULAS BUKU – ABIM MESIR 2021✍
Assalamualaikum warga siswa Malaysia-Mesir di perlembahan Nil! Buat julung kalinya, ABIM Mesir menganjurkan ‘Pertandingan Mengulas Buku’ di cuti musim panas, pertandingan bermula dari 29 Ogos sehingga 30 September 2021.
Terbahagi kepada dua kategori, iaitu penulisan dan videografi. Untuk syarat pertandingan boleh rujuk poster. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai pertandingan ini.
Hadiah lumayan menanti para pemenang sekalian! Berminat? Daftar di sini: https://forms.gle/TBxDW7kEZiEs9uMy9
Pertanyaan lanjut boleh hubungi, Saudara Amzar: http://wa.me/201554673574
Variasi kemampuan individu dalam membicarakan intipati sebuah buku dapat menunjukkan nilai kefahaman dan gaya pemikirannya, sekaligus dapat meluaskan diskusi keilmuan. Namun, jika membaca tanpa teknik yang betul, akan menjerumuskan pembaca dalam ketidakfahaman dan putus asa dalam membaca.
Pada 8 dan 9hb September 2021 (Rabu), ABIM Mesir membawakan ‘Bengkel Mengulas Buku’ sebagai garis panduan kepada mahasisiwa Mesir, yang disampaikan oleh Sdra. Aizzat bin Miskon, graduan perubatan Universiti Al-Azhar Mesir.
Selanjutnya, ABIM Mesir sekali lagi menganjurkan ‘Bengkel Mengulas Buku’ pada 22 dan 23hb September 2021, disampaikan oleh Sdra. Aiman Nuraref dan Sdra. Aizzat Miskon, kedua-duanya graduan perubatan Azhar. Jemputan Khas, al-Fadhil Ustaz Dr. Abdul Halim El-Muhammady (Mantan Timbalan Presiden ABIM Pusat dan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir) pula tampil dalam slot ‘Budaya Membaca Bagi Ilmuan Pengajian Islam dan Petugas Dakwah masa kini’.
ABIM cawangan Mesir telah ditubuhkan pada 24hb November 1991. Inisiatif penubuhannya digerakkan oleh komitmen kepimpinan ABIM pada peringkat pusat untuk memastikan gerakan dakwah dalam kalangan mahasiswa Mesir terus diperkasakan. Antara pimpinan utama ABIM yang diamanahkan menjayakan tugas menubuhkan ABIM cawangan Mesir ialah Sdra. Haji Anuar Tahir, Setiausaha Agung ABIM Pusat (sesi 1990/1991) dan Ustaz Mokhtar Ridzwan yang merupakan Ketua Biro Dakwah ABIM tahun 1991 dan Sdra. Ahmad Zahir Makhtar selaku Ketua Biro Siswazah Muda ABIM.
ABIM Mesir telah diisytiharkan oleh Presiden ABIM ketika itu, Dr. Muhammad Nur Manuty di Rumah Melayu, Abbasiah, Kaherah. Turut hadir ketika itu ialah Dr. Mohd Nor Nawawi (Naib Presiden Antarabangsa ABIM Pusat) dan Sdra. Anuar Tahir.
Namun, sedari awal penubuhan ABIM pada 1971, ramai graduan Timur Tengah yang terlibat sama menjadi pengasas serta penggerak ABIM seperti Almarhum Datuk Ustaz Fadzil Noor, Almarhum Syeikh Ni’amat Yusoff, Almarhum Dato’ Syeikh Azmi Ahmad, Ustaz Nakhaie Ahmad, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan ramai lagi.
#ABIMMesir #ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti