editor-media

editor-media

2 Disember 2014, Selasa: ABIM Negeri Johor dan Kesatuan Pelajar Islam Johor telah menganjurkan Forum "Transgender, Perspektif Perundangan, Islam dan Sosial di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program ini telah diisi oleh Muhammad Faisal bin Abdul Aziz Setiausaha Agung ABIM dan Timbalan Yang Di Pertua ABIM Negeri Johor, Abdul Hadi bin Md Rusdi (Graduan Usul Fiqh UIAM, Mantan YDP KPIJ)

28 November 2014:- ABIM Daerah Bangi bersama-sama telah menggerakkan gerakan solidariti bantahan penjualan arak di AEON BIG. Kemuncak bantahan itu ialah perarakan bantahan dari Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi ke Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat. Setelah perarakan tersebut, wakil dari Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (BANGIKU), ABIM Daerah Bangi Serta IKRAM Daerah Hulu Langat dan barisan persatuan-persatuan yang mewakili kepentingan penduduk sekitar daerah Bangi.

 

Patah sayap bertongkat paruh, patah paruh betongkat dagu, walau menyambar petir dan guruh, tekad tak luntur dakwah diseru! Begitulah perumpamaan semangat kira-kira 100 orang peserta Kembara Amal Abim Sarawak. Mengharungi perjalanan dari Kuching ke Miri dengan jarak lebih 800km. Menziarahi 6 buah kampung di Sri Aman, Sarikei, Dalat, Mukah, Bintulu dan Miri dengan hasrat merealisasi aspirasi kesejahteraan menerusi dakwah. Walau berbeza adat, budaya dan keturunan, ia bukan pemisah antara dai'e dan mad'u. Walau letih dan perit membeliti diri, ia bukan pemudar semangat sang dai'e menggapai redha Ilahi. Kagum melihat kesungguhan peserta. Hormat kepada penduduk kampung yang datang mera'i. Terharu melihat keakraban ukhuwah yang terpancar dari keikhlasan hati. Tersentuh dengan bantuan seorang penduduk di Kg. Muhibah, Kuala Baram, Miri. Walau bukan sama agama tetapi sudi untuk menunjukkan Masjid Nurul Ibadah tempat berlangsungnya majlis. Video Sepanjang Kembara Amal 3.0

 

Senyuman dan ketawa pada malam persembahan adalah penyuntik semangat betapa banyak perkara yang perlu dilakukan jika kita benar-benar ikhlas menggelarkan diri sebagai pendakwah. Alhamdulillah, tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua. Sesungguhnya Kembara Amal 3.0 Sarawak 2014 adalah tarbiah bagi memahami erti sebenar dakwah. Sejahterakan Malaysia dengan Dakwah. Sejahterakan Sarawak dengan Dakwah. 30 Nov 2014.

Page 228 of 258