editor-media

editor-media

8 Ogos 2014, Marang, Terengganu: Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, telah menziarahi Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di rumahnya di Rusila, Marang. Ziarah ini diadakan untuk bertanyakan perkembangan kesihatan beliau yang sedang menjalani rawatan jantung. Tuan Guru Haji Abdul Hadi merupakan Mantan Yang Di Pertua ABIM Terengganu sekitar 1970-an.

Tanggal 8 Ogos 2014 yang lepas merupakan ulangtahun penubuhan The Association of Southeast Asian Nations atau ASEAN. Setelah 47 tahun, ASEAN menjadi semakin signifikan dengan memegang status sebagai antara kerjasama serantau yang berjaya di dunia. 2015 merupakan tahun yang amat penting buat Malaysia di mana ia merupakan tahun perlaksanaan Asean Community dalam masa yang sama Malaysia bakal mengambil baton Pengerusi ASEAN dari Myanmar.

Oleh itu, Malaysia telah membuat persiapan awal ke arah agenda 2015 dan memilih ‘tagline’ ASEAN berpaksikan rakyat sebagai tema. Ini merupakan mesej bahawa kejayaan perlaksanaan Komuniti ASEAN 2015 banyak bergantung kepada kerjasama dan interakasi pelbagai hala belia dan rakyat dalam Negara Negara anggota ASEAN. ABIM sebagai sebagai sebuah pertubuhan masyarakat madani, belia dan dakwah turut tidak ketinggalan untuk terlibat secara proaktif menjayakan agenda Komuniti ASEAN yang amat penting ini.

Terbaru ABIM terlibat dalam perbincangan meja bulat yang dianjurkan Global Movement of Moderates (GMM) dan beberapa Ngo lain bertemakan Building a People Centred ASEAN on The Foundation of Human Rights, Inclusive and Sustainable Development. ABIM turut terlibat secara aktif dalam menjayakan Pre Convention ASEAN Youth Leaders Summit 2015 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM). Di kedua dua platfom penting ABIM telah mendapat dan memberikan pelbagai input dalam menghakupayakan masyarakat madani ASEAN untuk memaju ke arah fokus penting ini.

ABIM juga turut terlibat aktif dalam ASEAN Civil Society Conference/ASEAN People’s Forum (ACSC/APF) yang kali terakhir diadakan di Yangon, Myanmar dan tahun hadapan ABIM akan turut menjayakan persidangan berbasis rakyat untui rakyat ini di Kuala Lumpur setalah kali terakhir sebagai tuan rumah pada 2005. Terdahulu sebelum itu ABIM turut aktif dalam memberikan pandangan dan idea dalam perbincangan dan pelan bertindak isu ASEAN yang dianjurkan secara bersiri oleh Foreign Policy Studies Group (FPSG) di bawah pimpinan Tan Sri Razali Ismail dan rundingan Civil Society Organisation (CSO) berkenaan ASEAN Human Rights Charter di Kuala Lumpur dan Manila.

Memandangkan agenda Komuniti ASEAN 2015 merupakan sebuah agenda penting umat dan Negara, maka ABIM sukacita menyeru agar;

1.) Rakyat di Malaysia sama menyebarkan seluas mungkin maklumat dan kesedaran tentang agenda di peringkat akar umbi bagi membantu Malaysia memimpin ASEAN menjadi rantau yang aman dan stabil di samping memastikan keseluruhan rakyat Malaysia dan ASEAN merasai faedah daripada Komuniti ASEAN 2015.

2.) Belia, pertubuhan dan pemimpin belia memainkan peranan yang aktif dengan meningkatkan kerjasama sesama rakan-rakan dalam ASEAN dalam bidang pembangunan belia dan pelbagai bidang seperti pertukaran belia, kerjasama penyelidikan isu belia, peace building dan kesukarelawanan kerana generasi muda merupakan paksi kepada kejayaan ASEAN pada masa kini dan masa hadapan.

3.) Kerajaan Malaysia menumpukan lebih kepada usaha mewujudkan sebuah rantau ASEAN yang lebih stabil, aman dan makmur dengan memastikan ASEAN bebas daripada sebarang peperangan, konflik agama dan kaum, perebutan wilayah dan warisan budaya, dan pembunuhan dengan menggalakan dialog dan penyelesaian aman di meja rundingan. Dengan berbaki lima bulan, pihak ABIM yakin Malaysia mampu dan sudah bersedia untuk menerajui ASEAN dengan gandingan dan dokongan padu daripada masyarakat madani.

Disediakan Oleh: JUFITRI JOHA, Naib Presiden ABIM

Serangan operasi “Pillar of Defense” selama 8 hari rejim Zionis ke atas Gaza penghujung 2012 berakhir dengan gencatan senjata yang ditaja oleh Presiden Mesir Dr. Morsi. Ini merupakan kemenangan moral kepada rakyat Palestin khususnya Gaza kerana Israel tidak akan bersetuju untuk melakukan gencatan senjata melainkan secara tidak langsung mengakui pihak Hamas mempunyai kekuatan tersendiri.

Penganalis politik antarabangsa seperti Ahmad Azam Abdul Rahman, Pesuruhjaya Union of Ngos in the Islamic World (UNIW) turut menyifatkan peristiwa Mesir menaja gencatan senjata menunjukkan satu lanskap potitik baru telah muncul di Asia Barat khususnya selepas peristiwa thaurah sya’ab atau kebangkitan rakyat.

Serangan biadap ini berlaku ketika munculnya fajar Muharram seolah-olah rejim Zionis ingin menguji keimanan dan kesabaran umat Islam dan pecinta keamanan di seluruh dunia. Serangan Israel mempunyai beberapa sebab selain menguji kesabaran umat Islam; menguji senjata kimia baru; dan pilihanraya Israel yang semakin hampir, ia bertujuan memerangkap Obama yang baru sahaja memenangi kerusi Presiden Amerika untuk penggal kedua (2012) supaya terus-menerus memberikan perhatian utama dan dokongan kepada rejim Zionis itu.

Walaupun semua Presiden Amerika pro Israel namun darjah kekuatan sokongan berbeza khususnya di antara Obama dan Romney. Romney merupakan kawan lama Netanyahu, Perdana Menteri Israel. Sudah tentu Israel khususnya Netanyahu amat berharap rakannya yang amat pro Israel itu menang dalam Pilihanraya Presiden Amerika baru-baru ini sekaligus mengukuhkan cengkaman sokongan Amerika terhadap agenda Zionis di Asia Barat.

Obama sebaliknya menang khususnya undi Yahudi Amerika walaupun dilaporkan menyebut membenci Netanyahu sebagai si pembohong. Generasi muda Yahudi Amerika menurut Dr. Kevin Barret, pengkritik polisi ‘War on Terror’ Amerika, “…no longer fashionable among young American Jews to care about Israel”. 

Generasi muda Amerika khususnya generasi muda Yahudi sudah menghantar mesej yang jelas kepada dunia dengan menjadi faktor utama kepada kemenangan Obama di samping pengundi wanita, golongan middle class dan etnik Hispanic. Menurut Ahmad Azam Abdul Rahman lagi, lebih merungsingkan rejim Zionis, apabila kebanyakkan calon yang pro Zionis di Amerika dalam pilihanraya Kongres Amerika bersempena Pilihanraya Presiden Amerika baru-baru ini tewas.

Ini juga merupakan satu mesej yang jelas daripada keseluruhan rakyat Amerika bahawa mereka sudah muak dengan agenda Zionis yang banyak memporakperandakan dunia khususnya di Asia Barat. Tambah memeritkan Zionis lagi, masyarakat dunia sudah meluat dengan mereka dengan pelbagai usaha agresif unjuk rasa seperti Freedom Flotila, Viva Palestine, March to Jerusalem, Deir Yassin Remembered dan terbaru sokongan pengiktirafan 138 negara ke atas Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota di PBB.

Satu perkembangan menarik pada 2012 yang lalu melalui analisis orang ternama Yahudi seperti Henry Kissinger dan 16 agensi intelijen Amerika dalam laporan “Preparing for a Post-Israel Middle East” bersetuju bahawa masa depan dunia adalah tanpa kewujudan Israel atau lebih tepat menurut Kissinger yang dipetik The New York Post secara verbatim, “In 10 years, there will be no more Israel”.

Analisis perisikan Amerika itu antara lain menyebut bahawa Parti Pemerintah Likud Israel yang ekstrem itu semakin menjadi jadi menyokong pembiakan petempatan haram Yahudi di atas tanah yang dicuri pada tahun 1967. Dunia tidak boleh menerima kerja haram ini. Selain itu, Israel tidak mampu lagi membendung kebangkitan pejuang pro Palestin pasca Arab Spring dan kebangkitan Islam.

Dengan kejatuhan para diktator di Asia Barat pada ketika itu, menyebabkan kebangkitan kerajaan Arab yang lebih Islamik, demokratik, dan kurang mesra Israel. Analisis tersebut menambah bahawa Kerajaan Amerika tidak lagi mempunyai sumber untuk berterusan mendokong Israel bahkan mengesyorkan supaya Amerika harus fokus kepada agenda nasional mereka dan memutuskan talian hayat dengan Israel.

Analisis yang sudah tidak lagi menyebelahi Israel ini adalah kerana 3 sebab menurut Dr Kevin Barret. Pertama adalah kerana rakyat Amerika yang prihatin hubungan luar negara Amerika termasuk Kissinger dan perisikan Amerika ini sendiri sudah semakin muak dengan sikap berterusan keras kepala dan degil khususnya dalam hubungan isu Israel-Palestin.

Kedua, Lobi Israel yang banyak mendominasi ‘public discourse’ di Amerika khsususnya dalam melindungi kepentingan Israel. Profesor John L. Esposito, pemuka Ilmu daripada Georgetown University ketika menyampaikan syarahan di Malaysia pada Ogos 2008 menyebut..”…a strong lobby group for example AIPAC (American Israeli Public Affairs Committee), will not to see other lobbies step out in front and be strong”.

Mungkin dominasi sebegini meningkatkan lagi kebencian dan kemuakan di samping lobi-lobi mereka yang mengheret Amerika ke kancah perang Afghanistan, Iraq dan terbaru cuba mengheret Amerika untuk menyerang Iran bagi memastikan sekuriti Israel terjamin. Ketiga, seperti yang disebut penulis di atas adalah faktor generasi muda Yahudi yang sudah tidak lagi melihat entiti dan survival Israel sebagai isu yang penting dan mendasari kehidupan mereka.

Faktor tambahan lain adalah pendedahan tragedi 911 bahawa ianya diorkestrakan oleh Israel dan bukan seperti tuduhan ke atas al-Qaeda. Ini didedahkan sendiri oleh pemerhati tertinggi individu half jewish seperti Alan Sabrosky, Pengarah Pengajian Strategik di US Army War College yang yakin seratus peratus bahawa Israel dan pendokongnya yang melakukan operasi 911. 

Sudah terang lagi bersuluh, dunia sudah jelas menunjukkan protes terhadap bencana yang dibawa oleh Israel, sudah tepat masanya wacana World without Israel atau lebih tepat World without Zionist dibincang, disebar, dimobilisasi dan direalisasikan agar punca utama permasalahan kepada ketidakamanan dunia bakal ditamatkan segera.

 

Disediakan Oleh Jufitri Joha (Naib Presiden ABIM). Sumber: Majalah Al-Islam Januari 2013.

30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435H:- Alhamdulillah sumbangan #handsforgaza kelolaan Global Peace Mission (GPM) telah selamat diagihkan kepada penduduk Gaza yang memerlukan. Sumbangan itu turut meliputi sumbangan sebanyak RM 24,000 yang diterima dari Majlis Solidariti Untuk Gaza Anjuran FGIS. Terima Kasih Di Atas Sumbangan Yang Dikemukakan.

Page 227 of 239