editor-media

editor-media

Buku Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971-2004, merupakan sebuah catatan sejarah tentang salah satu gerakan Islam di Malaysia. Buku ini telah diterbitkan oleh Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor. Melalui buku ini pelbagai peristiwa yang dirakamkan berkaitan dengan sejarah ABIM diutarakan dari kacamata penulisnya Dr. Mohd Azhar Bahari.

"Penulis mendapati bahawa kekuatan ABIM sepanjang tiga dekad ditunjangi dengan keberkesanan sistem tarbiah iaitu usrah, tamrin, qiam al-lail dan pengukuhan budaya ilmu. Sistem tarbiah yang disusun dengan teratur menyebabkan aktivis ABIM bergerak dalam barisan yang kukuh. Idealisme perjuangan mereka dapat disatukan.

Kekuatan dan keharmonian ABIM dapat dikekalkan kesan daripada keyakinan terhadap institusi syura ABIM dalam perlantikan pimpinan dan juga keputusan-keputusan penting dasar perjuangan ABIM." Sedutan daripada Buku Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 1971-2004 tulisan Dr Mohd Azhar Bahari dan Ishak Saat.

Makluman lanjut mengenai pembelian buku ini boleh dirujuk menerusi pautan berikut http://e-bookstore.uthm.edu.my/index.php?route=product/product&product_id=205

 

ABIM Negeri Sarawak telah menganjurkan Malam Apresiasi Belia 1.0. Program ini dianjurkan sempena dengan Pelancaran Kembara Amal 3.0 yang disempurnakan oleh YB Ir. Hj. Datuk Daud Abdul Rahman mulai 25 Oktober 2014. Pelancaran ini diadakan di Godown Amphitheatre Water Front, Kuching. Sepanjang majlis tersebut turut dianjurkan pertunjukan kesenian serta kebudayaan. Turut hadir YDP ABIM Negeri Sarawak, Ustaz Suharman Edward.

 

Page 221 of 247