editor-media

editor-media

"Understanding Reform From An Islamic Perspective" With TARIQ RAMADHAN

Public Lecture by Prof. TARIQ RAMADAN, Professor of Contemporary Islamic Studies, Oxford University on "Understanding Reform from an Islamic Perspective" Date : 15 Nov 2014, Sat.

Time : 3 pm

Venue : IAIS Malaysia, Jalan Ilmu, Off Jalan University, 59100 KL

ALL ARE WELCOME Kindly register at www.iais.org.my. Thank you

Merujuk kepada kenyataan yang ditulis oleh Sheikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Pengerusi Persatuan Ulama’ Sedunia berkaitan kes fitnah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan itu bertarikh 26 Oktober 2014, bersamaan 2 Muharam 1436. Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan bahawa pertuduhan tanpa disertai oleh 4 orang saksi adalah satu kebohongan di sisi Allah s.w.t. Beliau juga menyeru agar kita semua beriman dengan firman Allah dalam kisah Hadith al-Ifk pada Surah an-Nur ayat 12-13. Walaupun pertuduhan ini telah menjangkau bertahun-tahun, nampaknya ulama yang berkepentingan yang membawa pandangan-pandangan picisan masih lagi gagal menyakinkan beliau. Sudah tentu Sheikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi mempunyai hujah yang berasaskan ilmu yang mendalam dalam mengekalkan pandangannya. Beliau juga dengan tegas tanpa ragu-ragu mempersoalkan kredibiliti sistem kehakiman negara yang sedang digunakan untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu. Keyakinan beliau terhadap DSAI juga tidak tergugat apabila memperihalkan tentang kegigihan, kesabaran dan ketabahan beliau dalam perjuangan Islam dari zaman mudanya lagi. Marilah semua umat Islam di Malaysia, memberi perhatian kepada peringatan dan pandangan oleh seorang ulama yang diakui keilmuannya dan diiktiraf di seluruh dunia termasuk di Malaysia yang menganugerahkannya Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa bagi tahun 2009. ABIM juga secara khusus menyeru kepada Saudara Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan bertaubat jika benar apa yang dikatakan oleh Sheikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam surat peringatannya itu. AMIDI BIN ABDUL MANAN PRESIDEN

Tahun lepas, ketika ditemuramah wartawan Harian Metro, saya menegaskan bahawa gejala LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) yang tidak terkawal perjuangannya, merupakan sebuah KRISIS YANG HANYA MENANTI MENJADI KANSER. Semalam, kita semua menyaksikan, ia telah pun menjadi kanser, dan merebak, menyerang pula institusi kehakiman negara.

Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan dan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Jenayah Syariah NS yang menghalang serta menghukum lelaki yang berpakaian seperti wanita merupakan suatu peruntukan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara yang kita risaukan suatu ketika dulu benar-benar menyerang negara.

Keputusan Hakim Mahkamah Rayuan ini akan memberi impak yang besar kepada negara, di antaranya seperti berikut:

1) Mulai hari ini, peruntukan Syariah mengenai kesalahan lelaki berpakaian menjadi wanita di seluruh negeri-negeri di Malaysia akan menjadi tidak sah dan terbatal.

2) Keputusan hari ini akan menjadi titik tolak untuk golongan LGBT untuk mencabar peraturan-peraturan dan undang-undang lain yang berkaitan larangan terhadap kaum LGBT di atas nama persamaan (Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan), Kebebasan diri (Perkara 5), Kebebasan bergerak (Perkara 9), dan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan (Perkara 10). Perkara yang paling ditakuti sekali ialah pada kemuncaknya, perjuangan untuk menuntut untuk dihalalkan hubungan homoseksual dengan memansuhkan Seksyen 377 Kanun Keseksaan, menuntut untuk membenarkan perkahwinan sejenis, menuntut untuk dihalalkan pertukaran menukar jantina, dan sebagainya di atas nama kebebasan, dan persamaan.

3) Keputusan hari ini, benar-benar mencemarkan, menghina dan menjatuhkan martabat institusi agama seperti Mahkamah Syariah, Jabatan agama Negeri, seperta institusi Fatwa.

Kita menentang perjuangan LGBT, bukan kerana kita anti kepada golongan LGBT. kerana sesungguhnya kita mengasihani dan menyayangi mereka sebagai seorang manusia, kita hormat mereka sebagai seorang manusia, kita tidak boleh mengapa-apakan mereka atas dasar mereka seorang manusia, Oleh yang demikian, adalah tidak halal untuk sesiapa pun mengapa-apakan golongan LGBT ini atas dasar kemuliaan insan, namun dalam masa yang sama golongan LGBT ini juga seharusnya menghormati kumpulan majoriti di dalam negara yang beragama ini, dengan menghormati peraturan-peraturan agama. sesungguhnya semua agama menentang perjuangan hak golongan LGBT ini.

Sesungguhnya keputusan hari benar-benar menjadi virus terbesar yang akan memusnahkan Islam dan identiti Islam kepada masyarakat Islam dan seluruh masyarakat yang beragama di Malaysia. Ia akan turut memusnahkan identiti negara yang bercirikan agama. Moga-moga rayuan akan terus dibuat di Mahkamah Persekutuan, demi menyelamatkan masyarakat beragama di negara ini.

Khairul Anwar Ismail (Ketua Biro Undang-Undang ABIM) 

http://www.facebook.com/abuakhyar.alqudsi

Page 220 of 247