editor-media

editor-media

22 November 2014, Sabtu, Kuantan: WADAH-ABIM-PKPIM-KTN-IKATAN Pahang di Pantai Pelindung, Kuantan telah menganjurkan program HIPER. Program ini merupakan program himpunan yang dianjurkan untuk mengukuhkan ukhuwwah di kalangan penggerak WADAH-ABIM-IKATAN di negeri Pahang Darul Makmur. https://www.facebook.com/ABIMPahang/posts/861149273936559

 

Tokoh Belia ASEAN 2014, Jufitri Joha, akan mengisi Wacana Sinar Siri Ke-33: Cabaran Dakwah Di Malaysia pada 26 November 2014, di Auditorium Karangkraf, Kompleks Karangkraf Shah Alam. Wacana bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. 

Pada 21 November 2014 bersamaan 28 Muharram 1436 Hijrah yang lalu ABIM Mesir dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), dengan kerjasama Hospital Pakar Al-Islam, Malaysian Relief Agency (MRA) dan Education Malaysia Egypt (EME) telah berjaya mengadakan seminar GoPro: Going Professional! buat julung kalinya.

Seminar ini bertempat di Dewan Besar, Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah dan menerima kehadiran peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia daripada pelbagai jurusan pengajian dan muhafazah di Mesir. Dengan bertemakan “Professional Muslims with Roh”, seminar GoPro: Going Professional! direncana dengan matlamat untuk merintis pembentukan muslim professional yang sedar akan kepentingan bekerja dengan sepenuh jiwa. Selain itu, seminar ini bertujuan untuk memupuk sikap kesukarelawanan dan membuka mata para pelajar bahawa terdapat platform untuk berbakti kepada masyarakat di Malaysia.

20 November 2014, Hospital Pakar Al-Islam; Agenda Sosial Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), telah menganjurkan Diskusi Isu Semasa; Gender Identity Disorder (GID). Forum ini membariskan beberapa tiga orang ahli panel untuk membicarakan fenomena Transgender menerusi perspektif Gender Identity Disorder (GID). 
 
Page 219 of 247