editor-media

editor-media

19 Julai 2014, Taiping:- ABIM Daerah Taiping telah mengadakan konvoi ziarah penyerahan bantuan sumbangan Program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 1435H kelolaan ABIM Daerah Taiping pada 19 Julai 2014. Sumbangan yang diterima daripada masyarakat telah diagihkan kepada warga yang memerlukan di sekitar daerah Kamunting. Konvoi ini diketuai oleh Saudara Zamri Ariffin, YDP ABIM Daerah Taiping yang juga merupakan Penghulu Daerah Larut Matang.

 

20 Julai 2014, Syria: Delegasi Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) telah mengadakan majlis iftar (berbuka puasa) bersama kanak-kanak di Syria. Delegasi ini diketuai oleh Saudara Syahrir Azfar Mohd Salleh selaku CEO MLLFS, sebuah gabungan yang diterajui ABIM serta beberapa NGO kemanusiaan lain. Majlis iftar ini merupakan sebahagian daripada gerakan menyampaikan sumbangan sempena Ramadhan yang digerakkan MLLFS. Sebanyak Rm 500,000 sedang atau akan diagihkan kepada rakyat Syria yang amat memerlukan Terima kasih buat anda, para penyumbang yang budiman. Semoga Allah menerima segala amal kebajikan kita semua.

Ikuti perkembangan terkini misi ini menerusi page rasmi Malaysia Life Line For Syria

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga seluruh warga Penerbangan Malaysia, MH 17. Semoga tabah dalam menghadapi tragedi ini yang turut dikongsi kesedihannya oleh seluruh warga Malaysia. Sesungguhnya peristiwa ini amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia yang masih belum reda dengan peristiwa kehilangan MH 370.

Mewakili seluruh warga Malaysia yang prihatin, ABIM mengharapkan pihak berkuasa dapat memberikan perhatian sepenuhnya ke arah menjaga kebajikan serta cakna terhadap keperluan waris keluarga mangsa yang terlibat. ABIM juga mengharapkan pihak berkuasa agar sentiasa berkongsi maklumat serta perkembangan terkini berhubung dengan MH 17, dengan mengambil kira perkembangan pesat dalam perkongsian maklumat menerusi media sosial khususnya. Akhir sekali, didoakan semoga Malaysia terus diberikan kekuatan untuk menempuhi ujian dan dugaan yang besar ini. Amin.

b/p Angkatan Belia Islam Malaysia

Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung, ABIM.

 

BILA datang bulan Ramadan pada setiap tahun umat Islam diperingatkan semula tentang satu malam yang begitu besar maknanya iaitu malam al-Qadar. Malam al-Qadar atau dalam bahasa arab disebut lailatul Qadar terdapat beberapa makna. Lailatul Qadar menurut Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair membawa maksud malam keputusan; atau malam penetapan. Manakala tafsir Qurtubi dalam menjelas ayat surah al-nasr pula menjelaskan bahawa maknanya adalah malam yang sempit. Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat.

Page 209 of 215