editor-media

editor-media

Golongan pertengahan Melayu yang dilahirkan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu membantu generasi seterusnya supaya lebih berdaya saing. Menurut Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Mohamad Raimi Ab Rahim, apa yang berlaku golongan kelas pertengahan Melayu ini tidak bertindak seperti bangsa lain yang membantu generasi seterusnya.

22 Julai 2018, TUARAN - Tahniah diucapkan kepada WADAH Sabah atas penganjuran Seminar SToP - Sekeluarga Tolak Pornografi yang telah berlangsung Ahad lalu bertempat di Dewan Serbaguna IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Seminar SToP hasil inisiatif WADAH ini telah mula digerakkan ke seluruh negeri oleh WADAH negeri bermula pada Februari 2017 lagi.

Pada kali ini, WADAH Sabah dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran telah bersama-sama menganjurkan seminar ini. Ucaptama seminar telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 Tiga orang panel berpengalaman telah memberi pengisian seminar iaitu : 1. Pn. Hjh Faridah Abu Bakar Titingan (Pengerusi Permata Hidayah/ SALWA WADAH Sabah) - "Isu dan Cabaran Keluarga dalam Menangani Pornografi". 2. Sdr. Mohd Zikri Zainudin (SU MBM Sabah) - "Kesan dan Tips Pengawalan Pengaruh Media Sosial dalam kalangan Keluarga dan Masyarakat". 3. Pn. Suzana Piny (Pen. Pengarah Kanan, LPPKN Sabah) - "Pornografi dalam kalangan Remaja : Faktor Risiko Tingkah Laku Seksual dan Langkah Pencegahan Melalui Kaunseling".

Pengarah program SToP WADAH, Pn. Nor Aizan Ismail turut hadir sama pada kempen kali ini sebagai tanda sokongan.

1hb Ogos 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM telah dijemput untuk menyampaikan syarahan bertajuk “Role of Civil Society in Countering Terrorism and Extremism” di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Negeri Sarawak, Kota Samarahan. Syarahan ini diadakan sempena Bengkel “Developing A Whole of Government Soft Power Response to Terrorism and Extremism” anjuran Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). Turut bersama Sdr. Faisal ialah Shahril Aqmal Bahrin, Setiausaha Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) yang turut membuat pembentangan. Untuk rekod, ABIM telahpun mempunyai ‘task force’ dalam membawa agenda ‘countering violent extremism (CVE)’, di mana banyak siri dialog serta wacana dianjurkan bersama badan-badan dalam dan luar negara, dalam menentang fahaman ekstremisme. Malahan, pada 1984, ABIM telah menerbitkan buku “Kebangunan Islam: Di Antara Tantangan Dan Ekstrimisme” (Islamic Awakening between Rejection and Extremism) tulisan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pada 1984.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada kenyataan YB Menteri Pendidikan berkaitan hasrat untuk memberikan peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebagai sebahagian daripada bajet pembangunan kerajaan persekutuan. ABIM menggesa Kerajaan Pakatan Harapan membuat pertimbangan serius dalam membuat peruntukan tahunan dan layanan yang sama kepada sekolah swasta lain dalam pelan holistik kewangan negara, terutama dalam perbelanjaan pembangunan, yang mana banyak sekolah rendah/menengah agama/akademik yang lebih memerlukan. Mengikut data KPM, terdapat 300 buah sekolah swasta (selain Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Ekspatriat) dan lebih 600 buah insitusi pendidikan tahfiz berdaftar yang memerlukan perhatian sewajarnya. Kerajaan tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta termasuk Institusi Tahfiz dan sekolah agama rakyat, terutama yang menggunakan Kurikulum Kebangsaan, dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa perantara serta silibus yang selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sekolah-sekolah swasta dan persendirian sebegini juga banyak menghantar pelajar menyambung pelajaran ke banyak institusi di peringkat antarabangsa, termasuk dalam jurusan berkaitan sains dan teknologi. ABIM juga mendesak agar HANYA sekolah yang menepati ciri seiring Dasar Pendidikan Kebangsaan dan dasar Kerajaan sedia ada yang wajar diberi keutamaan untuk pengiktirafan dan peruntukan tahunan. Ini sekali gus dapat mengangkat martabat pendidikan kebangsaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan seterusnya mengiktiraf institusi pendidikan yang turut sama membangunkan negara dalam sektor pendidikan pelbagai bidang (keagamaan, akademik, pendidikan khas, pendidikan karakter dan sebagainya). Atas kesempatan ini, kerajaan juga boleh menyelaraskan semula insitusi yang patuh kepada sistem dan dasar pendidikan kebangsaan, dan dapat meningkatkan pendaftaran kepada institusi yang masih belum berdaftar. Mohamad Raimi Ab Rahim Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Page 3 of 232