editor-media

editor-media

7-10 Julai 2017:- Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Setiausaha Agung ABIM), telah ke Sumatera Barat, untuk lawatan sambil belajar ke beberapa projek pembangunan masyarakat serta pendidikan di sekitar Kota Padang, Bukit Tinggi, Pariaman dan Maninjau. .

Sementelah, beliau dan para delegasi turut mengunjungi Muzium Rumah Kelahiran HAMKA di Maninjau, Sumatera Barat. Di Muzium bersejarah ini, terdapat Kutub Khanah yang dibina oleh ABIM ketika era Presiden ABIM ke-4, iaitu Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman. Gambar-gambar ketika Program Jejak Ulama Buya HAMKA (pada Julai 2004) anjuran ABIM turut dipaparkan di muzium tersebut. .

Sesungguhnya, Buya HAMKA digelar 'Bapa Sejuta Umat' - setiap hari ketika hayatnya, menerima 10-15 orang tetamu yang mengadu hal dan meminta tausiyah nasihat tanpa sebarang upah. . Malah, Buya Hamka yang mengeluarkan duit dan diberi kepada tetamu yang miskin; sebagai kos perjalanan pulang. . Delegasi turut menziarahi Muzium Rumah Kelahiran Bung Hatta, Proklamator Republik Indonesia, di Bukit Tinggi. . Semoga ALLAH SWT merahmati kedua-dua tokoh pejuang Nusantara ini. Al-Fatihah sekudusnya. . Innalillahi wainna ilaihi rajiun. .

10 Jun 2017 - Program Sinar Ramadan 1438H ABIM Pahang disemarakkan dengan penganjuran Program SMILE (Street Dakwah) dan Hospital Visit. Program yang digerakkan oleh ahli-ahli Usrah Muslimah Garden (UMG WUC) bermula jam 2.00 petang di Terminal Sentral Kuantan (TSK). Interaksi bersama orang ramai di TSK berkongsi pengetahuan mengenai kelebihan

 

bulan Ramadan dan keagungan Al-Quran. Program diteruskan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dengan aktiviti Hospital Visit. Pesakit-pesakit diziarahi dan disantuni oleh para peserta bagi memberikan keceriaan kepada pesakit-pesakit.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan bahawa Jemaah Menteri menarik balik kelonggaran terhadap syarat lulus mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) untuk pegawai perubatan lantikan kontrak.

ABIM menyambut baik keputusan tersebut dan menegaskan bahawa tanggungjawab kerajaan untuk memelihara dan memartabat Bahasa Melayu adalah tuntutan Perlembagaan Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 152. Merujuk kepada ketetapan, ABIM juga menuntut agar usaha mendaulat Bahasa Melayu oleh pihak kerajaan untuk tidak hanya terhad semata-mata untuk sektor perkhidmatan dan perjawatan semata-mata.

Paling utama; usaha mendaulatkan Bahasa Melayu perlu dimaknai dengan memastikan ia tidak dipinggirkan fungsinya dalam sistem pendidikan kebangsaa. Ini termasuk dengan memastikan Bahasa Melayu terus berfungsi sebagai bahasa pengantar utama untuk subjek-subjek di sekolah aliran kebangsaan.

Tuntutan ini ABIM usulkan dengan merujuk Perkara 152 (6) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa “maksud rasmi” adalah apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab utama kerajaan secara khususnya menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sentiasa mengangkat, memartabat serta memelihara Bahasa Melayu . Tanggungjawab tersebut termasuklah mengembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik di semua sekolah aliran kebangsaan.

ABIM berpandangan, sebarang usaha untuk menggantikan bahasa Melayu dengan Bahasa asing sebagai medium pembelajaran sekolah kebangsaan adalah satu pengkhianatan terhadap perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru sekiranya, pihak kerajaan mahu memperkenalkan dasar Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek tertentu seperti Dual Language Programe (DLP), ia harus dilaksanakan hanya sebagai subjek tambahan atau elektif sebagai pilihan tambahan tanpa perlu mengorbankan pembelajaran subjek-subjek utama yang dibuat menerusi medium Bahasa Melayu.

Keluhuran Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati semua pihak dengan memahami secara komprehensif peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia berasaskan falsafah dan tujuan serta maksud agar masyarakat dididik dan digerakkan berasaskan nilai-nilai yang termaktub di dalamnya.

Muhammad Faisal Abdul Aziz Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Oleh Zairudin Hj Hashim, Exco Media, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

1. Keranda 152 diusung buat kali pertama pada 3hb Mac 1967 di bangunan Parlimen, Jalan Mahameru, Kuala Lumpur, apabila kerajaan tidak menepati janji untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman.

2. Pada 7hb Mac 2009, Keranda 152 diusung sekali lagi buat kali kedua sebagai bantahan terhadap isu PPSMI, dari Masjid Negara ke Istana Negara, Kuala Lumpur.

3. Selanjutnya, Keranda 152 diusung buat kali ketiga pada 26hb Mac 2016 di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur, bagi membantah Program DLP, yang dilihat sebagai ‘penjenamaan semula’ PPSMI.

4. Pada 9hb April 2016, satu lagi perhimpunan aman dianjurkan bagi membantah Program DLP di Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. 4.1. Hakikatnya, Program DLP hanya diumumkan oleh YAB Perdana Menteri menerusi pengumuman bajet (belanjawan) pada tahun 2016. 4.2. Hal ini menyebabkan para pejuang bahasa dan NGO menerusi ‘Gerakan Mansuh PPSMI-Bantah DLP’ (GMP) membuat bantahan menerusi pelbagai saluran, bagi menyuarakan keprihatinan rakyat terbanyak.

5. Sama ada menerusi penulisan artikel, surat, penerbitan buku, dan pertemuan dengan pimpinan UMNO, PAS, PKR dan AMANAH, semua dilakukan atas kecintaan terhadap Bahasa Melayu.

6. Malahan, pertemuan 11hb Februari 2016 (Khamis), Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, bersama delegasi bijak pandai Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan dan saintis mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan yang bijaksana - membincangkan masa depan anak bangsa.

7. Pada 25hb Februari 2016 (Khamis), Presiden ABIM, Sdr. Raimi serta tokoh bahasa, Prof Emiritus Abdullah Hassan, telah menyertai Program “My Great Debate” anjuran Pesuruhanjaya Tinggi British di Malaysia dengan kerjasama BFM Radio, University Nottingham Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan National Building School diadakan di Dewan Senat, UTM. 7.1. D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Perdebatan ini.

9. Sesungguhnya, kita tidak menentang penguasaan lebih daripada satu bahasa.

10. Malahan, kita menyokong High Immersive Programme (HIP); untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

11. Namun, kita menentang pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menerusi DLP; kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

12. Di samping itu, kajian telah membuktikan bahawa PPSMI (dan kini DLP) bukan sahaja tidak membantu memperkasakan Bahasa Inggeris. Malah, prestasi murid dalam subjek Sains dan Matematik juga merosot.

Page 8 of 210