editor-media

editor-media

28 Oktober 2018, Palu, Sulawesi:- Tim GPM Medik telah memngadakan medical checkup di beberapa buah kem dan kampung disekitar Palu, Sulawesi.

.

Tim GPM telah berjaya mengagihkan:

➡️ Baby Box yang terdiri daripada barang asas bayi seperti pampers, baju, tuala, minyak angin, bedak dan sebagainya hasil sumbangan Baby Box Malaysia

➡️ Pampers untuk bayi

➡️1,000 kotak makanan kepada mangsa tsunami Sulawesi

➡️Kit Wanita yang terdiri daripada shampoo, pad dan pantiliner

➡️Selimut bayi

➡️Oat Granola dan sebagainya .

Nantikan update seterusnya dari kami. 

Terus bersama sebarkan maklumat untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi ini. .

[DUA CARA] .

1. Sumbangan dalam talian boleh klik pautan berikut : www.billplz.com/gempasulawesi www.billplz.com/gempasulawesi www.billplz.com/gempasulawesi .

2. Deposit/pindahan wang ke akaun Global Peace Mission (GPM) :

Maybank : 5642 2161 1602

Bank Islam : 1402 3010 02922 4

Ref : tsunami e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Maklumat perhubungan : Syahrir Azfar (013 222 6057)

Whatsapp : wasap.my/60132226057/gempasulawe

28hb Oktober 2018: Alhamdulillah, bagi menyediakan kemahiran kepada pada aktivis ABIM, Biro Kesihatan ABIM (BKA) di bawah pimpinan Dr Zafri Mohd Anis dan HELWA ABIM yang diketuai Puan Nur Azura Kamarudin Sohami, telah menganjurkan Bengkel Psychological First Aid (PFA). Pengalaman para aktivis di lapangan yang harus berdepan dengan mangsa-mangsa musibah dan bencana, di mana emosi mangsa ini terdampak teruk.

Pengalaman para pendidik yang menguruskan anak-anak mangsa perang di sekolah pelarian. Pengalaman penggerak pusat krisis, seperti rumah perlindungan wanita dan pelbagai golongan yang memerlukan bantuan. Para penggerak harus punya kemahiran mengurusi psikologi dan emosi golongan di depani dan emosi sesama penggerak itu sendiri.

KAMAR 6.0 - MEMBINA KARAKTER ANAK HEBAT 

Tarikh: 3 November 2018(Sabtu)

Tempat: Bilik Seminar, Masjid Al-Umm. No. 21, Jalan 1/3k, Seksyen 1,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor https://goo.gl/maps/fBYAUhpfKor

Masa: 8.00 pagi - 1.00 tengahari

❤PERCUMA untuk Ahli BAKA, Taski ABIM & ABIM Bangi

❤RM25 seorang / RM40 berpasangan (suami isteri)

❤RM50 walk-in

Panel jemputan: 1. Dr. Noor Atiyah Binti Azmi NLP Practitioner "Ayah, Ibu Dengarkan Suara Hatiku"

2. Ustaz Mohd Naim Bin Mohd Noor Mantan Timbalan Presiden ABIM "Anak Hebat, Panduan Ibrah Al-Quran: Surah Luqman"

Minum pagi, makan tengahari, nurseri dan aktiviti anak-anak 4 tahun ke atas disediakan.

Sila isi link google form ini untuk pendaftaran https://goo.gl/forms/JOQI7iVHVyYpUIsJ3

Sebarang pertanyaan sila hubungi: http://www.wasap.my/60195571007 (Puan Shahidah)

Mohon peserta luar untuk membuat pembayaran deposit sebanyak RM10 ke akaun CIMB 7612333437 atas nama NORLAILY BT MOHD SAIDEN dan serahkan resit pembayaran pada nombor telefon di atas. Terima kasih.

 

Alhamdulillah, ABIM Melaka telah melaksanakan satu program Diriku Permata Berharga (DERMAGA) di SMA Shamsuddiniah , Tangkak, Johor. Respon yang baik diberikan oleh pihak sekolah serta para peserta.     

Page 7 of 247