editor-media

editor-media

Liputan Akhbar Wall Street’s Journal berjudul “Is Malaysia a Kleptocracy?’ pada Jun lalu sekali lagi telah menempatkan Malaysia di tengah-tengah perhatian masyarakat antarabangsa. Gelombang kejutan ekoran skandal membabitkan syarikat pelaburan 1MDB masih lagi meninggalkan kesan yang amat mendalam bekasnya pada benak sanubari rakyat Malaysia pada ketika ini. Wujud sentimen yang tinggi oleh rakyat terhadap situasi politik dan amalan demokrasi yang dilihat semakin pudar.

Seperti yang diindikasikan oleh Survei Malaysia 2017: Mood Rakyat oleh Institut Darul Ehsan (IDE), 69% daripada 4486 responden yang ditemuramah memberikan persepsi bahawa skandal 1MDB telah menjejaskan reputasi kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak yang pastinya memberi kesan pula terhadap prestasi pentadbiran kerajaan persekutuan.

Secara keseluruhannya, hanya 19% responden menyatakan bahawa mereka ‘berpuas hati’ terhadap situasi politik dan amalan demokrasi di Malaysia. Walaubagaimanapun, satu trend yang konsisten ialah merudumnya minat, kesedaran dan partisipasi politik di kalangan sebahagian besar generasi muda Malaysia. Belia dilihat semakin menjauh daripada segala yang berbaur politik kepartaian dan sebaliknya lebih mementingkan halhal terkait survival ekonomi peribadi.

Hasil survei Merdeka Centre dan Watan bagi mengukur Perspesi Belia terhadap Ekonomi, Kepimpinan dan Isu Semasa yang dibentangkan pada September 2017 mendapati bahawa 70% responden tidak berminat dengan politik sementara 66% berpendapat bahawa politikus tidak boleh dipercayai.

Yang jelas nyata, wujud kecenderungan yang tinggi dikalangan anak muda (40%) untuk tidak mendaftar sebagai pengundi. Wujud kepercayaan yang menebal dikalangan belia bahawa undi mereka tidak berharga dan bakal membawa sebarang kesan terhadap keputusan pilihanraya atau kesan terhadap masa depan politik negara. Hakikatnya, majoriti daripada 3.77 juta orang pengundi layak yang masih belum berdaftar sehingga Mac 2017 terdiri daripada generasi muda yang berumur 21 tahun.

Survei Malaysia 2017 oleh IDE turut mengindikasikan bahawa tidak lama menjelang detik Pilihanraya Umum ke-14, sebanyak 50% kelompok pengundi muda berdaftar berumur 21-30 tahun masih belum membuat keputusan dan pendirian untuk memilih sesuatu parti.

Apakah prinsip Islam dalam menyantuni masyrakat majmuk? Bagaimanakah Islam menggalakkan perpaduan dan keharmonian? Pelbagai persoalan timbul setiapkali kita membicarakan berkenaan hubungan etnik dan Islam, khususnya di Malaysia. Justeru, ABIM Kedah membicarakan tajuk ini bersama ilmuan muda tanahair, Ustaz Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir (Panelis Tanyalah Ustaz TV9) dalam karya beliau "Fiqah Hubungan Etnik" di dua lokasi berikut: 1. Masjid Tuan Guru Haji Salleh, Kg Lubuk Kawah, Jitra, (Isnin, 16hb Oktober 2017); dan 2. Masjid Al-Hasanah, Taman Rakyat Mergong, Alor Setar (Selasa, 17hb Oktober 2017). Suatu inisiatif yang patut dipuji hasil usaha pihak pengurusan Masjid Al-Hasanah, Mergong, bagi memudahkan ibadah saudara OKU. Hal ini termasuk dharuriyat yang patut diutamakan oleh pihak masji, ketimbang tahsiniyat lain yang hanya sekadar mengindahkan masjid, namun gagal melihat keperluan jemaah masjid yang pelbagai, yang perlu disantuni mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

PERBEZAAN politik seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang perlu diwacana dan didebatkan, bukan menjadi punca perseteruan yang tak bertepi. Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kebebasan berpolitik itu harus difahami dengan ikatan tanggungjawab. “Termasuk tanggungjawab kita kepada generasi masa hadapan yang akan menilai dan meneladani tindakan politik kita.

Justeru, dalam menempuh dekad zaman masa hadapan yang lebih cerah, politik ala baling batu sembunyi tangan ini dilihat terlalu primitif. “Sekiranya masalah ini tidak dibendung, bara perpecahan dan keretakan dalam hubungan sesama rakyat yang hanya didasari faktor kekerasan dan keganasan akan mula melebar dan jurang perbezaan ini, jika tidak ditangani dengan hikmah dan tindakan yang berkesan, akan membawa malapetaka kepada struktur keutuhan negara bangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Faisal menegaskan budaya hooliganisme dan samseng adalah budaya kuno yang tidak kena dengan pemikiran dan gaya hidup orang yang beragama dan percaya dengan kewujudan Tuhan. “Saya suka menggunakan ungkapan masalah manusia yang “menggunakan senjata abad ini dengan pemikiran abad lampau”.

“Saya menyokong prinsip “participatory democracy” iaitu seluruh lapisan rakyat mempunyai hak untuk terlibat dalam berpolitik dan bukan penglibatan hanya menerusi kotak buang undi semata-mata,” ujarnya. Tambah beliau, kegagalan memahami tujuan hidup dan kejadian manusia yang bertuhan, mendorong seseorang itu untuk bertindak mengikut kehendak hati serta jiwa yang menggelegak, tanpa menghiraukan kesan serta akibatnya.

“Politik seharusnya dilihat sebagai wadah untuk kita membudayakan kepimpinan yang berteraskan integriti dan tatakelola yang baik. “Jika semata-mata pangkat dan kuasa wang diletakkan sebagai tujuan utama politik, maka hancurlah bangsa, punahlah negara,” tegasnya.

Alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM 2017 di Gua Musang, Kelantan pada 25-28hb Ogos 2017. . Pihak penganjur TQKA-17 GM merakamkan kesyukuran kepada ALLAH SWT, yang telah mempermudahkan banyak urusan. Tim Pelaksana TQKA-17 GM juga ingin menzahirkan jutaan penghargaan, kepada semua yang terlibat: Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Biro Tarbiah, Pendidikan dan Latihan ABIM (TARPEL), Tim Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC), ABIM Kelantan, ABIM-ABIM Negeri, Para Penyumbang.

 Tidak lupa, Masjid Tengku Muhammad Faiz Gua Musang, Masyarakat Orang Asal Pos Tuel dan Hanir, Para Chef yang bertugas menambah selera dan semangat para peserta, para pemandu bas dan lori; serta seluruh peserta yang memberi komitmen tinggi. . Partisipati anda amat kami hargai, malah menjadi sebahagian dari kenangan TQKA-17 ini. . Semoga jasa kalian diganjari ALLAH SWT dengan sebaik-baiknya. Amin. .

Pengalaman di Gua Musang, memperlihatkan pada kita betapa rindunya masyarakat, kepada santunan dan kasih sayang kita selaku pendakwah. . Maka, sentiasalah turun padang, menjalankan tanggungjawab kita menyebarkan rahmah pada ummat. . Selamat Menyambut Aidil Adha al-Mubarak. Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. menjadi ibrah berguna dalam kehidupan kita. . Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah.

 

Hidup biar berjasa!

Page 6 of 215