editor-media

editor-media

25-27 Februari 2018, Ipoh:-Alhamdulillah, Presiden WADAH yang juga mantan Presiden ABIM, Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman serta Timbalan Presiden WADAH, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman telah dijemput menyampaikan kertas kerja di dalam Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Muzakarah yang berlangsung dari 25-27 Feb 2018 telah diadakan di Dewan Besar, Causurina@Meru, Ipoh. Perak.                                                           

Di sebalik segelintir kisah-kisah kejayaan para CEO, enterprenuer dan innovator era Revolusi Industri 4.0 yang seringkali dipaparkan menerusi majalah korporat seperti Forbes, gelombang baru ini juga secara langsung telah mewujudkan dampak besar terhadap kehidupan generasi muda.

Hakikat ini diperakui sendiri oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dalam ucapan pentingnya di Universiti Harvard pada Mei 2017:

Sejarah membuktikan wanita adalah antara entiti utama yang menggerakkan evolusi dakwah di Malaysia.

Keberanian dan kepayahan dalam mengubah norma masyarakat, dalam aspek pemakaian tudung oleh penganut Islam telah dipelopori oleh HELWA ABIM pada era 70-an. Perjuangan ini tidak wajar dilupakan dan sejarah perjuangan ini perlu dihargai oleh wanita di Malaysia khususnya kerana pemakaian tudung yang dimulakan adalah dengan penuh kesedaran memaknai hikmah al-Quran dan kepatuhan kepada perintah Tuhan.

Namun, isu yang berbangkit hari ini merupakan insiden gelap yang terlihat jelas kontra di mana pudarnya maruah, identiti serta jati diri mengikut arus zaman dan lebih malang lagi menurut kehendak kapitalis yang tidak mengenal erti nilai dan budaya. HELWA memandang serius berkenaan fenomena kehilangan adab yang berlaku secara berleluasa hari ini.

Oleh : Syahrir Azfar al-Halabi*

Terngiang-ngiang laungan “Allah, Suriah, Hurriah Bas!” saat jari mula menitip di papan kekunci komputer riba. Laungan yang lebih kurang maksudnya, “Cukuplah (bagi kami) Allah, Syria dan Kebebasan” menggambarkan mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh setiap pendemonstran pada demonstrasi aman yang bergerak secara besar-besaran di Dar’a, Syria pada 15 Mac 2011.

Demonstrasi secara aman tersebut berlaku setelah beberapa peristiwa yang membangkitkan kemarahan rakyat Syria terutama sekali kisah Hamza Ali al-Khatib yang ditangkap didera sehingga mati dan mayatnya diserahkan kepada keluarga beliau dalam keadaan tubuhnya penuh dengan kecederaan kesan torehan dan terbakar.

Malah terdapat kesan tembakan di kaki Hamza, kecederaan yang sengaja dilakukan di beberapa bahagian tubuh lain yang bertujuan bukan untuk membunuh dan kemaluannya juga turut dipotong! Tembok ketakutan yang runtuh Peristiwa Hamza Ali al-Khatib yang ditangkap dan didera sehingga mati ini berjaya meruntuhkan tembok ketakutan dan tunduk ‘patuh’ kepada kediktatoran dan kekejaman rejim pemerintahan keluarga al-Assad dan konco-konconya selama ini.

Harus diingat sebelum peristiwa tersebut terdapat beberapa usaha untuk ‘membangkitkan’ rakyat Syria yang gagal diantaranya seperti yang dilakukan Hasan Ali Akla, pemuda Syria berumur 26 tahun yang membakar dirinya sendiri mencontohi apa yang telah dilakukan oleh Muhammad Bouazizi di Tunisia. Kejadian yang berlaku pada 26 Januari 2011 itu gagal menyediakan rakyat Syria bagi menyambut sebuah lagi revolusi selepas kejayaan revolusi di Tunisia, Mesir dan juga Libya yang masing-masing menyaksikan Presiden Zine Al Bidin Ben Ali, Presiden Hosni Mubarak dan Kolonel Muammar al-Qaddafi ditumbangkan.

Page 5 of 224