editor-media

editor-media

Lee Ta'arafu : HAK LGBT, ANTARA MIMPI DAN REALITI

Panelis: Mohd Khairul Anwar Ismail Peguam Bela & Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya, Peguam Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jawatan Terkini: Timbalan Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Penerbit: Faisal Hamdi (Lee Ta'arafu Project)

Naib Presiden Helwa, Puan Nur Azura Komarudin Sohami, telah mengisi slot Mental Sihat, Emosi Kuat bersempena Hari Keluarga Mawaddah Wa Rahmah (KAMAR). Membincangkan isu semasa kesihatan mental kalangan kanak-kanak dan keluarga, punca dan cara mengatasinya. Ibrah kisah Maryam al Batul sebagai wanita yang diangkat al Quran menjadi qudwah insan agar meyakini qada' dan qadar seutuhnya, mempunyai kekuatan emosi dan ketahanan mental yang tinggi.

Slot Puan Nur Azura

3 November 2018, Sabtu, Johor Bahru: Program Penyampaian Bantuan Bersama Mediterranean Shipping Company Sdn Bhd. (Program CSR) Telah diadakan Program Penyampaian Bantuan Bersama Mediterranean Shipping Company Sdn Bhd. (Program CSR) di Dewan Sekolah SRI Johor Bahru pada 3 November 2018 (Sabtu). Seramai 61 orang penerima telah mendapat bantuan barang keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Penerima dari kalangan pelbagai bangsa dan agama; Melayu, India, Cina dan saudara baru. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang bersama syarikat-syarikat yang berminat untuk menjalankan Corporate Social Responsibility (CSR) bersama kami Skuad Prihatin ABIM Johor.

3 November 2018 Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan ABIM Pahang mengambil langkah proaktif untuk membantu pelajar-pelajar Tingkatan 5 membuat persediaan akhir sebelum menduduki Peperiksaan SPM yang akan bermula tidak lama lagi.

Program 'SPM English Essay Writing Workshop' yang dianjurkan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada calon-calon SPM 2018 yang tinggal di sekitar Indera Mahkota, Kuantan.

Seramai 75 orang peserta dari beberapa sekolah telah hadir dan mengikuti bengkel hingga tamat.

Bengkel telah dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Roszalina binti Abdul Rahim, pensyarah Bahasa Inggeris dari Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Dalam bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan Part B - Sample Questions, Useful Idioms, Directed Writing dan SPM Narrative Essay.

Peserta juga melakukan beberapa latihan penulisan yang diberikan bagi meningkatkan lagi kemahiran mereka menulis esei selain mendengar ceramah dan perkongsian pengalaman penceramah dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Peserta yang hadir telah mendapat manafaat daripada program ini. Semoga peserta program akan dapat menggunakan ilmu yang diterima dalam program ini semasa menduduki Peperiksaan SPM nanti. Sebahagian mereka juga telah memohon untuk menjadi ahli baru ABIM Pahang dan akan menyertai program-program yang akan dianjurkan pada masa-masa akan datang.

Page 4 of 247