editor-media

editor-media

Umat Islam dikejutkan dengan penawanan dua bandar besar di Iraq iaitu Tikrit dan Mosul beberapa minggu yang lalu oleh sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Islamic State of Iraq and Levant (ISIS). Berita ini menambah kekacauan yang berlaku di Timur Tengah setelah Mesir terus diperintah oleh diktator selepas rampasan kuasa dan Syria masih terus bergolak dengam Rejim Basyar Al-Assad terus mengebom rakyat tidak bersalah. Peristiwa penawanan ini berlaku dalam keadaan yang sangat mencurigakan di mana dalam masa sehari sahaja kumpulan ISIS ini dapat menawan sebuah bandar besar. Manakala dilaporkan tentera Iraq cepat sahaja sudah berundur daripada melakukan tugas mereka mempertahankan kedaulatan tanah air.

Ucapan yang menggambarkan kegembiraan menyambut kedatangan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan Allah, bulan yang dijanjikan keampunan kepada sesiapa yang berpuasa, bulan perkongsian rasa dan bulan mentarbiyah jiwa menggamit makam taqwa.

Setiap kali menjelang bulan yang mulia ini, kita biasanya akan memulakan dengan proses muhasabah dan saling menyiapkan diri untuk melangkah ke bulan yang sangat mulia dana barakah , iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sesungguhnya bulan yang mulia ini sudah menjadi satu ketetapan kepada semua umat islam yang beriman untuk sentiasa bersedia bagi melangkah ke madrasah Ramadan yang sangat barakah ini. Saya mulakan ucapan dengan mengajak semua hadirin agar mensyukuri nikmat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menanti ketibaan Ramadan beberapa hari sahaja lagi. 

Karnival Gaya Hidup Sihat anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB) telah diadakan dengan jayanya 26 April 2014 (Sabtu) di perkarangan Masjid Zakaria, batu 8 1/2 , Kg. Gombak Utara, Gombak. Lebih 200 orang telah bersama-sama menjayakan carnival tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada pihak pelajar kelas komuniti UIAM, JKKK Kg. Gombak Utara dan AJK Masjid Zakaria.

Page 270 of 270