editor-media

editor-media

 
 
 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] yang dilihat boleh membebankan golongan yang tidak berkemampuan untuk memakai pelitup muka pakai buang yang standard setiap masa.

Apa lagi dalam situasi ekonomi yang amat meruncing kini, pasti banyak keperluan lain yang perlu diberi keutamaan oleh mereka untuk dibelanjakan melibatkan keperluan asas. Justeru, untuk permulaan, ABIM mengedarkan 2000 Pelitup Muka untuk golongan B40 sekitar lembah Klang sejak kerajaan mengumumkan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam beberapa hari yang lalu.

ABIM khuatir sekiranya bantuan sebegini tidak diberi penekanan, tujuan penguatkuasaan undang-undang pelitup muka sebagai mekanisme mencegah penyebaran virus Covid-10 akan dilihat gagal. Ini kerana berkemungkinan besar golongan yang tidak berkemampuan akan menggunakan semula pelitup muka pakai buang berkali-kali yang akan mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan.

Maka, sebagai jalan untuk memastikan usaha penguatkuasa mencapai matlamat, ABIM menyeru masyarakat untuk turut sama mengambil inisiatif ini sekurang-kurangnya untuk meringankan bebanan mereka yang tidak berkemampuan. Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin salurkan sumbangan menerusi organisasi ABIM, sumbangan boleh dilakukan menerusi Akaun Bank Islam 14-023-01-001117-7 #Mask4needy.

Selain itu, sebagai rekod, sejak Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilaksanakan, ABIM telah menyerahkan 6,345 keping pelitup muka untuk 1,269 keluarga B50.

Dalam masa yang sama, ABIM juga menyarankan agar pihak kerajaan turut melihat isu ini dengan lebih serius dengan menyediakan pelitup muka boleh kitar kepada golongan B40 dan pelajar sekolah agar undang-undang yang ingin dikuatkuasakan dapat diikuti dengan baik dan lancar.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

 

26hb Julai 2020: Alhamdulillah, Islamic Outreach ABIM Kelantan telah menggerakkan pasukan dari Program Dakwah Orang Asli (PRODOA) dan Misi Kemanusian (MIKA) untuk ke perkampungan Orang Asli yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Seramai 254 ketua isi rumah (KIR) telah disantuni. Masing-masing menerima bantuan berbentuk Pek Makanan dan Beras yang berjumlah RM40 per pek hasil sumbangan daripada CIMB Islamic melalui Dato’ Abdul Razak Kechik.

Berikut adalah perkampungan Orang Asli (KOA) yang menerima bantuan:
KOA Galang - 34 KIR
KOA Gertas - 26 KIR
KOA Kampung Baru - 19 KIR
KOA Ladoi - 28 KIR
KOA Hendrop – 14 KIR

Orang Asli

Melihat senyuman pada wajah Orang Asli yang menerima sumbangan amatlah membahagiakan.

Semoga melalui sumbangan yang diberikan dapatlah meringankan beban mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Anda sumbangkan, kami sampaikan!

Orang Asli 2

 

29hb Julai 2020: Alhamdulillah, sekitar Ziarah Rahmah Aidiladha dan Bantuan Asas Keperluan Harian oleh ABIM Sabah dan ABIM Sandakan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan kepada Sdr. Arianto Kasiman, yang menjalani pembedahan buah pinggang, baru-baru ini.

Penerima telah berhenti kerja atas sebab penyakit strok dan isteri suri rumah, serta berteduh kasih dengan mertua.

Beliau tiada pendapatan harian dengan tanggungan 3 orang anak dan 2 daripadanya masih bersekolah.

Terima kasih atas sumbangan orang ramai. Jom hayati ibadah korban. Terima kasih kepada Sdr. Gary Hardin Lugard di atas keprihatinan beliau, berkongsi info atas kesulitan Sdr. Arianto dan isteri, Puan Ardah.

Semoga Tuhan mengurniakan kebaikan atas keprihatinan Sdr. Gary.

ziarah rahmah aidil adha abim sabah 2

 

15hb Julai 2020: Alhamdulillah, bantuan asnaf Fasa Pertama di Kuala Kuang disampaikan oleh Ketua Biro Guaman ABIM Perak, Sdr. Khairul Anuar Musa. Pada 16hb Julai pula, bantuan Fasa Kedua untuk asnaf dan OKU disampaikan di Desa Tambun, Batu 8, Tanjung Rambutan. Sumbangan turut disalurkan kepada para asnaf kariah Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta. Sumbangan daripada USAID dan diselaraskan oleh pihak MARI. Penerima bantuan terdiri daripada pelbagai etnik, agama, jantina dan peringkat umur.

 bantu oku 1

 

bantu oku

bantu oku 2

Page 1 of 314
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd