editor

editor

8 Julai 2014, Klang:  Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM, Puan Maria Kamel telah  menziarahi keluarga arwah adik Muhamad Hafiz Abdul Ghani yang meninggal dunia akibat dipukul ayah. Keluarga tersebut pada ketika ini menetap di Klang, Selangor Darul Ehsan. Alhamdulillah jenazah selamat diuruskan dengan baik oleh keluarga angkatnya (yang juga merupakan keluarga jauh sebelah ayah). Kehadiran kami disambut mesra oleh keluarga angkat arwah yang rupanya telah menjaga beliau sejak kecil lagi. Hanya rasa sayu dan sedih terbuku di hati mengiringi perkongsian ibu arwah.

Kuala Lumpur, 8 Julai 2014: ABIM mengambil kesempatan mengadakan kunjungan hormat melawat Mufti Wilayah Persekutuan yang baru Sohibus Somahah Dr. Zulkifli al-Bakri. Beliau baru menyandang jawatan tersebut. Delegasi ABIM disertai oleh 2 Naib Presiden iaitu Saudara Raimi dan Jufitri. Turut serta ialah Ustaz Muhammad dan Saudara Syahril Azfar dari MLLFS. ABIM mengemukakan beberapa pandangan kepada SS Mufti berhubung dengan isu-isu terkini semasa disamping meperkukuhkan tautan ukhuwah yang telah lama terjalin.

Program Krisis Asia Barat - Pengajaran Di Sebalik Awan Mendung dengan kerjasama pelajar dari KUIM - Kolej Universiti Islam Melaka dan Malaysia Life Line for Syria. Pencerahan tentang situasi di Syria disampaikan oleh saudara Jufitri Bin Joha selaku pengerusi MLL4S & pelancaran tabung kemanusiaan Syria di KUIM. Saudara Jufitri adalah Tokoh Belia Negara 2014 dan merupakan Naib Presiden ABIM. Selain itu beliau turut mengambil kesempatan bersama dengan Pelajar Tingkatan 6 di Batu Pahat.

Putrajaya, 7 Julai 2014: Sekretariat KSSB telah melaksanakan amanah sumbangan orang ramai yang disumbangkan setakat ini untuk disampaikan dalam siri Kempen Seorang Sekampit Beras (ABIM) bersama pengurusan Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya di sekitar 5 buah sekolah dengan 120 penerima.

Page 8 of 11
Our website is protected by DMC Firewall!