editor

editor

Kuala Lumpur, 17 Julai 2014: ABIM meneruskan bakti menyampaikan sumbangan masyarakat. Berikut adalah catatan SUA ABIM dalam misi sumbangan terkini. "Berkesempatan menghulurkan sumbangan Ramadhan Abim Pusat kepada pasangan muallaf yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu dengan kes "Subashini v Saravanan 2007". Alhamdulillah kes tersebut telah selesai sebaik si isteri iaitu Subashini (kini Pn. Shafirah) mendapat hidayah untuk mengikut jejak langkah suami (En. Shafi) memeluk Islam. Kini pasangan tersebut bersama anak-anak meneruskan kehidupan sebagai Muslim dengan penuh kebahagiaan." - Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM Pusat.

Putrajaya, 16 Julai 2014: Berbeza agama bukan halangan kongsi nikmat Ramadan Isu melibatkan agama Islam dan juga komuniti bukan Islam, terutama penganut agama Kristian sebelum ini menjadi isu hangat dalam negara dan dilihat daripada perspektif negatif, apatah lagi apabila membabitkan isu rampasan Bible dan penggunaan kalimah Allah.

Kajang, 15 Julai 2014: Forum Mengngkat Martabat Akademia dan Kebebasan Akademik telah dianjurkan oleh ABIM, PKPIM, AKK, KDH dan APDK. Forum ini menampilkan 3 orang panel dan satu ucapan pengantar oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil yang memulakan program tersebut. Panel lain ialah Dato Saifuddin Abdullah CEO Global Moderate Movement (GMM), Prof Dr. Shaharil Md. Zain , Presiden ASASI dan Fahmi Zainol, Presiden PMUM.

Sg. Ramal, 15 Julai 2014: TAZKIRAH PERDANA oleh: Dato' Dr Siddiq Fadzil di Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Sg Ramal Dalam, Kajang. Sebahagian daripada Majlis Iftar Jama'iy WADAH, ABIM, PKPIM dan Agensi-agensi CATATAN: Malam turunnya Al-Qur'an adalah lebih baik daripada seribu bulan. Namun, ia sebenarnya "seribu" menunjukkan banyak tanpa batas, universal! Sejarah akan punya erti apabila ianya diisi dengan hukum hakam Islam.

Page 5 of 11
Our website is protected by DMC Firewall!