editor

editor

RESOLUSI : Seminar Islam Rahmatan Lil ‘Alamin pada tarikh 20hb September 2014 bersamaan 25 Zulkaedah 1435 (Sabtu), anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan Nadwah Ilmuwan (Nadwah).

Menghayati hakikat al-Islam yang mengandungi mesej bersifat rahmatan li al-‘alamin, sebagaimana tergambar di dalam Surah Al-A’raf: 156, “Dan tidaklah Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada alam seisinya”, yang membawa pengertian juga iaitu teras syari’at Islam adalah rahmah, kasih sayang Tuhan yang inklusif meliputi seluruh warga alam, rahmah sebagai kata kunci yang merumuskan segala objektif syari’at (maqasid al-shari’ah) termasuk hak asasi manusia, kebebasan, keadilan, persamaan dan apa sahaja yang membawa maslahah (kepentingan) kemanusian.

20 September 2014, ILSAS, Bangi-WADAH telah melangsungkan Muktamar Nasional WADAH 2014 ke-8 di ILSAS Bangi. Bersempena MUKNAS tersebut WADAH juga menganjurkan Seminar Islam Rahmatan lil'Alamin Dalam Konteks Masyarakat Pluralistik. Dato' Dr. Siddiq Fadzil telah menyampaikan Ucap Utama dan Ucapan Dasar MUKNAS pada pembukaan Seminar tersebut. Ucap utama beliau bertajuk " Islam dan Masyarakat Majmuk: Cabaran Aktualisasi Rahmat Sejagat (Rahmatan lil 'Alamin).

Kuala Lumpur, 17 Julai 2014: Penyerahan sumbangan untuk Tabung Kecemasan Hands for Gaza oleh Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd kepada Global Peace Mission di Taman Shamelin Perkasa. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd atas usaha yang dilaksanakan. Maklumat lanjut layari laman web Global Peace Mission (GPM)

Kuala Lumpur, 17 Julai 2014: Ikuti wawancara Astro-Awani dalam Analisis Awani : Solidariti untuk Gaza. Saudara Raimi Abdul Rahim Naib Presiden ABIM, Prof Suresh dan rakan-rakan FGIS.

Page 4 of 11
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd