ABIM Sarawak

ABIM Sarawak

Siri Kembara Asnaf Pertama Ke Kampung Gita Baru. Seramai 40 orang Asnaf menerima sumbangan. Majlis dimulakan dengan Tazkirah daripada Ustaz Husaini Hamdan, disusuli dengan ucapan Ketua Kaum dan Amanat daripada Timbalan Ketua Cawangan PBB N6 Tupong, Kr. Dr. Zaidi Suhaili. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Kr. Dr. Zaidi Suhaili dan majlis ditangguhkan dengan majlis bergambar beramai-ramai.

Selasa 31 Disember 2013, Perkepis dan Abim Sarawak dengan kerjasama Ajk Masjid At Taqwa, Kampung Pinang Jawa, Kuching menganjurkan PROGRAM MALAM SEMARAK NASYID SARAWAK sebagai program alternatif untuk menarik belia serta remaja menyertainya.

15-17 Jun 2012- ABIM Negeri Sarawak telah menganjurkan Muktamar Sanawi ke-33 mulai 15 Jun sehingga 17 Jun yang lalu.  Menurut jurucakap ABIM Sarawak Mahathir Fatimah, muktamar pada kali ini membuka peluang untuk ABIM mendedahkan barisan kepimpinan muda yang konsisten dari segi komitmen dan bersedia berhadapan dengan cabaran-cabaran lingkungan seperti arus liberalisasi dan masalah sosial masyarakat.

"Muktamar ini menawarkan ruang percubaan kepada kita untuk menguruskan organisasi dalam pelbagai kaedah untuk dijadikan panduan untuk ABIM menyediakan pengurusan yang boleh menyumbang untuk kebaikan Ummah," jelas Mahathir Fatimah lagi yang sekali lagi ditanggungjawabkan selaku Setiausaha ABIM Sarawak.

KUCHING 16 June 2012: Every Muslim has a part to play in ensuring that messages and teachings of Islam are disseminated to those interested to learn and embrace the religion. This was the general opinion of participants of the ‘Dakwah Volunteers Seminar’ organised in conjunction with the 33rd annual general meeting of the state’s Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) at Sarawak Training Centre, Telaga Air yesterday.