ABIM Sabah

ABIM Sabah

11-13 Oktober 2013 - Projek Pembangunan Muallaf & Sambutan Aidiladha di Kampung. Sumbilingon, Ranau mulai 11 sehingga 13 Oktober yang lepas telah Memberi pengalaman yang sangat bermakna buat sukarelawan Islamic Information Centre ABIM Sabah, PKPIM Serta GPTD. Sikap perpaduan dan toleransi serta meraikan tetamu mereka amat menyentuh hati. "Dewan mereka dibina dalam masa tidak smpai seminggu kerana mereka bina bersama-sama tanpa ada upah. Kedatangan kami 3 hari di sana diraikan dgn kunjungan yg tidak henti-henti siang dan malam. Semangat ini belajar juga amat tinggi dlm jiwa mereka. "Inilah antara yg boleh dipelajari dari penduduk kampung ini".

28-29 Disember 2013 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, telah menganjurkan program pembangunan jatidiri belia, di Ranau, Sabah. Program ini memfokuskan kepada pengukuhan asas pengetahuan agama di kalangan generasi belia di Kampung Sedul, Ranau. Penduduk-penduduk kampung tersebut terdiri daripada saudara-saudara baru yang memeluk Islam. Program ini merupakan sebahagian daripada program pendidikan saudara-saudara baru yang dijalankan oleh ABIM Negeri Sabah.

20-22 Disember 2013 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, telah menganjurkan program Kem Kepimpinan Belia Islam di IPDAS Keningau. Program ini dianjurkan membabitkan para pelajar sekolah menengah sekitar Keningau. Progam ini dianjurkan untuk menggilap potensi kepimpinan di kalangan pemimpin belia Islam di Sabah.

23 Jun 2012 - Kembalilah kepada Allah & Rasul untuk mencapai Cinta Hakiki. Begitulah penegasan yang dikemukakan Puan Fadhlina Dato’ Dr Siddiq semasa mengisi Seminar Tertunaikan Cintamu? Anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah pada 23 Jun yang lalu. Seminar tersebut dianjurkan secara bersama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dirasmikan oleh Tuan Haji Awang Damit, Timbalan Setiausaha Tetap 1 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri Sabah.

  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 2