Displaying items by tag: uighur

Bersuara Untuk Saudara Seislam "Saya akan dipersoalkan di akhirat kelak, apa yang telah saya perjuangkan untuk saudara seIslam saya" - Abdulsalam Alim

 

ABIM DAN GPM ANGKAT ISU UYGHUR KEPADA MASYARAKAT UMUM.

8hb Januari 2018: Alhamdulillah, telah berjalan sesi temubual eksklusif bersama TV3 mengenai etnik minoriti Uyghur, menampilkan Sdr. Abdul Salam Alim. Sesungguhnya, isu umat ini amat penting untuk diketahui dan dimaklumi kepada seluruh masyarakat dunia.

Barangkali ini peranan kecil kami. Nantikan temubual ini dalam segmen Buletin Utama TV3 dan World News TV9 Global pada hari Sabtu ini.

Jika ingin membantu, kami di ABIM dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia mensasarkan bantuan untuk Uyghur sebanyak RM300,000.00 yang akan diserahkan kepada mereka yang memerlukan. www.billplz.com/saveuyghur

Terdahulu, pada 7hb Januari 2018 (Isnin), Sdr. Abdul Salam turut membuat pembentangan di Sekretariat ABIM Pusat (SAP) di Gombak. Beliau mengupas topik "The Plight of Uyghur Muslims: The Fact, The Tragedy, The Solution."

SHAH ALAM - Badan-badan hak asasi manusia di Malaysia dan antarabangsa digesa menyatakan bantahan kepada kerajaan China ekoran penindasan etnik Uighur di negara itu. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata, ini penting kerana hanya dengan cara itu penindasan terhadap etnik berkenaan dapat dihentikan.

"Etnik Uighur memerlukan sokongan dan tekanan dari masyarakat antarabangsa terhadap China untuk menghentikan penindasan yang berlaku," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas tentang tindakan Abim membantu penindasan terhadap etnik berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad Raimi berkata, Abim sedia bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia untuk menggerakkan kempen membela nasib etnik itu ke seluruh negara. "Kita akan bertindak menyuarakan keperihatinan rakyat Malaysia kepada China," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Global Peace Mission (GPM) Malaysia kini giat menggerakkan kempen kemanusiaan bagi membuka mata masyarakat dunia agar sama-sama berjuang untuk masyarakat Uighur.

Sumber:- Akhbar Sinar Harian