Displaying items by tag: presiden ABIM

Madrasah Ramadan adalah anugerah ALlah SWT yang terbaik bagi memperbaharui dan meningkatkan hubungan kehambaan dengan ALlah SWT dan mengukuhkan kebaktian dan kasih sayang sesama insan. Era pasca Khilafah Uthmaniyyah yang telah kita lalui hampir satu abad yang lalu diwarnai dengan malapetaka yang bertimpa ke atas umat. Penyakit kejahilan semakin berleluasa, jurang kemiskinan semakin melebar dan perpecahan sesama umat sudah hampir menuju kesempurnaan. Generasi baru pula akibat zaman penjajahan yang berlarutan telah menderita penyakit yang dinamakan oleh seorang pemikir Islam abad 20an, Malek Benabi sebagai 'colonisibilite' iaitu sifat merelakan diri diperhambakan dan berbangga pula dengan status perhambaan tersebut tanpa mahu berusaha untuk memerdekakan diri dan bangsa dengan melakukan perubahan. Menyedari akan hakikat inilah, Maqasid puasa di bulan Ramadan adalah pembebasan dari belenggu hawa nafsu agar sifat kehambaan kembali tuntas hanya kepada ALlah SWT, dan bukannya kepada makhluk ciptaan-Nya, dan kembali berperanan sebagai Khalifah-Nya di mukabumi ini, dan bukannya diperhambakan oleh Sang Penjajah. Mudah-mudahan dalam menyambut kehangatan dan kegembiraan Syawal kali ini, semangat Ummatik dalam pengertian perjuangan membebaskan umat dari belenggu kejahilan, kemiskinan dan perpecahan tadi bakal menyubur ke arah perubahan yang hakiki. Selamat Menyambut Syawal yang mulia. Minal 'Aidin wal Faizin. Ahmad Azam Ab Rahman Presiden Wadah Percerdasan Umat Malaysia

KUMPULAN Persahabatan bagi Perkhidmatan Antara Agama (FGIS) membuktikan bahawa tanpa hadiah wang tunai, kejohanan futsal yang dianjurkan pada Ahad telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan tersebut berjaya menarik lebih seratus peserta berusia 18 hingga 35 tahun dengan menyaksikan setiap pasukan diwakili oleh peserta pelbagai kaum. Pengasas dan penasihat FGIS, Datuk J.Jegathesan berkata beliau amat teruja dengan semangat yang ditonjolkan oleh golongan belia ini.

“Mereka bermain dalam satu pasukan dan bukannya satu agama. “Ia bukan sekadar perlawanan futsal, tetapi apa yang lebih penting adalah hubungan erat antara kaum merupakan objektif utama kami. "Malah dalam masa yang sama, mereka diterap dengan budaya positif iaitu bersukan bukan kerana wang ringgit,” jelasnya kepada mStar online selepas penyampaian pingat kepada semua peserta.

Adakah kita berputar ke belakang berkenaan dengan hukum berkaitan anjing dalam Islam? Pada tahun 1937, satu perdebatan telah dilakukan di Istana Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan. Ia turut dihadiri oleh Sultan dan Raja Kelantan, Mufti dan beberapa alim ulama dari Kelantan dan Singapura. Ia berkisar kepada permasalahan jilatan anjing, samada perlu disamak atau pun tidak. Terdapat pandangan yang berbeza antara Imam Syafie r.a dan Imam Malik r.a. Begitu juga tentang keharusan membelanya. ( Sila rujuk journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf )

  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 2
DMC Firewall is a Joomla Security extension!