Displaying items by tag: jufitri joha

20 Jun 2015, Ampang, Kuala Lumpur:- Jufitri Joha (Naib Presiden MBM & Tokoh Belia ASEAN 2015) telah menyampaikan tazkirah Ramadhan sempena World Refugee Day di Surau al-Falah Ampang. Menurut Jufitri jumlah Pelarian di dunia mencecah 59.5 Juta dengan sebahagian besarnya terdiri daripada rakyat Syri. Ini merupakan peningkatan 60 peratus dalam tempoh 10 tahun. Jufitri yang juga merupakan Pengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) turut memetik mutiara kata daripada Sheikh Izz Abdul Salam dalam kitab Maqasid as-Saum, menyebut hikmah berpuasa ialah untuk memperbanyakkan sedeqah yang melambangkan bahawa peri penting kita membantu orang yang susah termasuk pelarian.

Tahniah Jufitri Joha

Oct 10, 2014
Published in ABIM Pusat

Tahniah Buat Saudara Jufitri Bin Joha, Naib Presiden ABIM, di atas penganugerahan sebagai Tokoh Belia ASEAN 2014 Di Brunei Darussalam malam tadi. Terdahulu beliau telah diiktiraf sebagai Tokoh Belia Negara apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2014 pada Mei yang lalu. Kejayaan ini aspirasi buat umat!

Program Krisis Asia Barat - Pengajaran Di Sebalik Awan Mendung dengan kerjasama pelajar dari KUIM - Kolej Universiti Islam Melaka dan Malaysia Life Line for Syria. Pencerahan tentang situasi di Syria disampaikan oleh saudara Jufitri Bin Joha selaku pengerusi MLL4S & pelancaran tabung kemanusiaan Syria di KUIM. Saudara Jufitri adalah Tokoh Belia Negara 2014 dan merupakan Naib Presiden ABIM. Selain itu beliau turut mengambil kesempatan bersama dengan Pelajar Tingkatan 6 di Batu Pahat.

DMC Firewall is a Joomla Security extension!