Displaying items by tag: helwa

Women Database - Databease To Address Women Security Issues Needed

22hb Januari 2018 (Isnin): Alhamdulillah, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM telah memberi pengisian dalam Program Iltizam Staf kepada para petugas Sekretariat ABIM Pusat dan agensi-agensi Jamaah di Dewan Belia Islam, Taman Cemerlang, Gombak. Beliau menekankan berkenaan kepentingan menangani, mengurus dan menghadapi tekanan khususnya ketika di tempat kerja.

Kebelakangan ini, kita digegarkan dengan berita-berita malang lantaran tekanan (depression), kemurungan, kegelisahan (anxiety), dan seumpamanya, yang tak jarang meragut nyawa. Sdr. Raimi turut mengesyorkan kepada semua untuk membeli buku Psikoterapi Rabbani: Mendepani Trauma Psikologi Dengan Menghayati Kisah Maryam 'Alaihassalam, karya Dr. Fawziyah Salih al-Khulayfi dan diterjemah oleh Ustaz Mohammad Syafiq Ismail.

Naskah ini memberi kita gambaran bahawa rawatan bukan sekadar rohani & jasmani, tapi psikologi juga, terdapat di dalam alQuran, buat seluruh insan. Ini bukan buku ruqyah. Tetapi membongkar tips bagaimana menangani ujian-ujian psikologi, agar bisa bertahan dan kembali sihat seperti sediakala, melalui penghayatan kisah Maryam, ibu Nabi Isa ‘Alaihimassalam. Untuk tempahan, sila hubungi 013-3117560 atau http://www.wasap.my/+60133117560

 

Alhamdulillah pada 13 Disember 2015 baru sahaja selesai Tamrin II (HELWA & SALWA Negeri Perak) yang bertempat di SERI al-Ummah dan di kawasan sekitar Ulu Kuang, Chemor. Sekalung penghargaan & ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahu tidak. Jazakumullahukhairan Jaza' Semoga tamrin kali ini dapat merapatkan lagi ukhwah antara ahli dan menguatkan lagi gerakan perjuangan ABIM, WADAH & PKPIM dalam membawa mesej Al-Islam Rahmatun lil Alamin.

 

Alhamdulillah semalam (13 Disember 2015) baru sahaja selesai Tamrin II (HELWA & SALWA Negeri Perak) yang bertempat di...

Posted by HELWA ABIM Negeri PERAK on Monday, 14 December 2015