Displaying items by tag: gaza azizul hasni awang

25 Julai 2014:-Keberanian Azizulhasni Awang Tunjuk Sokongan Ke Atas Gaza Disanjung :-Keberanian yang ditunjukkan oleh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dengan menayangkan sarung tangan bertulis 'Save Gaza',adalah sikap yang terpuji. Azizulhasni jelas merupakan wira umat dan sekaligus wira kemanusiaan. Beliau mewakili generasi muda Malaysia tanpa mengira latar agama dan bangsa menyertai umat dunia membantah pemerkosaan kemanusiaan oleh regim teroris Zionis.

Seharusnya pihak penganjur Sukan Komanwel berbangga dengan tindakan Azizulhasni ini yang menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestine. Gaza bukan konflik politik biasa tetapi ia adalah satu pencabulan hak kemanusiaan yang amat buruk. Tiada rekod seburuk Israel dalam perihal Hak Asasi Manusia yang membunuh tanpa belas dan merampas tanah rakyat Palestine. Sukan adalah wahana membina perpaduan dan kemanusiaan.

Justeru tindakan Azizulhasni adalah demi memartabatkan kemanusiaan. ABIM mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan penghargaan dan penghormatan terhadap Azizulhasni yang mempertaruhkan masa depan kerjayanya dan juga mungkin keselamatan dirinya demi menyelamatkan Gaza dan kemanusiaan.

Amidi Abd Manan, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)