Displaying items by tag: dilanggar lori

Kuantan: EXCO Majlis Belia Malaysia Abu Qassim Nor Azmi, 28, maut selepas dilanggar lori kontena, di perhentian bas berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP), kira-kira 3 kilometer dari Plaza Tol Gambang dekat Kuantan kira-kira jam 7.30 malam tadi. Difahamkan ketika kejadian, mangsa tiba dari Kuala Lumpur menuju Gambang dengan menaiki bas sebelum berhenti di perhentian bas berkenaan.

Sumber polis berkata, mangsa yang bertugas sebagai pegawai statistik di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya kemudian mahu menaiki kereta jenis Naza Forte yang dipandu isterinya yang menunggu di kawasan sama. "Ketika mahu menukar pemandu, datang sebuah lori kontena dari arah belakang merempuh mangsa sebelum diseret kira-kira 5 meter dari tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Taman Tuanku Gadut, Negeri Sembilan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Pemandu lori berkenaan melarikan diri sebaik kejadian terbabit namun pihak polis sudah mengenalpastinya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gambang," katanya.

17 Ogos 2014, Kuantan, Pahang Darul Makmur:- Seluruh keluarga ABIM - WADAH - PKPIM merakamkan rasa sedih dan takziah atas kembalinya kerahmatullah sahabat kami Saudara Abu Qassim .Seorang yang komited dalam gerakan dan dakwah. Beliau meninggal dunia kerana di langgar lori di UMP Pahang dalam suasana yang menyayat hati. Almarhum merupakan Mantan Exco PKPIM , Mantan Naib Presiden PKPIM,mantan Setiausaha Agung PKPIM dan juga Mantan Exco ABIM Pusat. Kini Adalah Exco MBM (Majlis Belia Malaysia). Berita penuh mengenai kemalangan boleh diikuti menerusi pautan Harian Metro.