Presiden Ziarah Keluarga Pegawai MH17

19 Julai 2014, Kuala Lumpur:-Presiden ABIM dan beberapa delegasi ABIM telah berkesempatan menziarahi Ustaz Hanapi, ayahanda Allahyarham Ahmad Hakimi, salah seorang juruerbang MH17. Sepanjang pertemuan tersebut Ustaz Hanapi telah berkongsi pelbagai kenangan bersama dengan Allahyarham. Antara yang menyentuh hati dan perasaan delegasi ABIM apabila Ustaz Hanapi menceritakan, Allahyarham telah berusaha mencukupkan simpanan ibunya untuk membolehkan beliau (ibunya) menunaikan haji. Di penghujung pertemuan tersebut, beliau memohon agar semua kenalan mendoakan ruh Allahyarham dirahmati dengan diterima Allah dengan penuh kasih sayang. Amin.
Kebebasan Akademik & Keutuhan Kerajaan: Amidi Abd Manan

Oleh: Amidi Abd Manan
(Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia)
Kisah Nabi Sulaiman selaku pemimpin kerajaan terakam dalam al-Quran pada Surah al-Naml. Kekuatan Baginda terserlah dalam satu perlakuan di suatu tempat yang bernama Lembah Semut. Ia dimulakan dengan suatu keadaan yang kecoh apabila kedengaran derapan kaki bala tentera Nabi Sulaiman yang mengundang rasa cemas pemimpin sang semut.
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".An-Naml: 18
Keprihatinan pemimpin semut yang mementingkan keselamatan komunitinya amat mengkagumkan. Walaupun kecil dan tidak berdaya jika dipijak, nyawa melayang tanpa upaya menyelamatkan diri dan lebih malang lagi perlakuan ini tanpa disedari oleh pelakunya tidak menghilangkan fungsi kepimpinan iaitu memastikan keselamatan orang yang dipimpin. Walaupun sarang semut tidaklah sekukuh mana namun ikhtiar untuk menyelamatkan diri perlu dilakukan tanpa sebarang alasan penangguhan. Sikap inilah yang akhirnya membuatkan Nabi Sulaiman tersenyum seraya berdoa:
NGO Gesa Pertahankan Kebebasan Akademik

Isu pelanggaran kebebasan akademik telah lama menjadi barah dalam Negara. Menerusi pengenalan akta-akta oleh kerajaan telah mencengkam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selain menafikan autonomi dan kebebasan akademik yang meliputi pensyarah, mahasiswa serta pentadbir dan kakitangan Universiti sendiri. Kebebasan akademik yang berpaksikan kebenaran adalah tonggak kepada keutuhan negara. Kami menyelar perkiraan singkat pihak tertentu dengan menyekat suara para ahli akademik didengari oleh rakyat terbanyak.
NGO Islam khuatir polemik berpanjangan status Malaysia

Malaysiakini.com: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) khuatir polemik yang berpanjangan mengenai status Malaysia sama ada negara sekular atau negara Islam, akan semakin memarakkan api permusuhan atara agama.