Displaying items by tag: amidi abd manan

Membaca buku hasil karya Dato’ DR Siddiq Fadzil yang lebih dikenali sebagai Ustaz Siddiq Fadzil (USF) yang terkini berjudul Islam dan Melayu : Martabat Umat dan Daulat Rakyat amat mengujakan. USF mengulas satu persatu isu yang ditampilkan dengan pesona hujah dan bahasa yang menggamit ghairah membaca tanpa henti. Menurut USF, Umat Melayu adalah umat yang dibentuk dalam acuan Islam sejak sekian lama. Ia terbukti dengan banyak hasil kesusasteraan dan catatan sejarah yang menunjukkan pengaruh Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu, seperti dalam ungkapan tradisional berikut: 

Adakah kita berputar ke belakang berkenaan dengan hukum berkaitan anjing dalam Islam? Pada tahun 1937, satu perdebatan telah dilakukan di Istana Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan. Ia turut dihadiri oleh Sultan dan Raja Kelantan, Mufti dan beberapa alim ulama dari Kelantan dan Singapura. Ia berkisar kepada permasalahan jilatan anjing, samada perlu disamak atau pun tidak. Terdapat pandangan yang berbeza antara Imam Syafie r.a dan Imam Malik r.a. Begitu juga tentang keharusan membelanya. ( Sila rujuk journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf )

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) & Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI) telah menganjurkan Majlis Kesyukuran Aidiladha pada 8 Oktober 2014 yang lalu. Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan serta diagihkan dagingnya kepada mereka yang memerlukan. Sempena dengan Majlis Kesyukuran ini turut diadakan majlis sumbangan Projek Prihatin (PROTIN) kepada 30 Asnaf. ‪Sumbangan telah disampaikan Presiden ABIM, Amidi Abd Manan. ‬ 

 

 

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyatakanbantahan terhadap satu promosi berkaitan penggunaan arakoleh segolongan rakyat Malaysia yang dinamakan‘Octoberfest’. Untuk perhatian masyarakat, asal usul‘Octoberfest’ ini adalah dari negara Jerman. Ia merupakan satu pesta meraikan perkahwinan di Raja. Pandangan bahawa ia perlu dibenarkan kerana ia merupakan hak warga yang bukan Islam adalah kurang tepat dan mengelirukan. Wujudkah agama yang membenarkan penganutnya hidup di bawah pengaruh alkohol atau pun membenarkan penganutnya mabuk? Baik Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain agama mahukan penganutnya hidupdengan penuh kesejahteraan.

Oleh itu, ‘kemabukan’ yang bermakna hilangnya fungsi akal adalah amat-amat dilarang dalam mana-mana agama. Justeru justifikasi yang mengatakan bahawa ia perlu dibenarkan bagi mereka yang bukanberagama Islam adalah tidak berasas sama sekali. Begitu juga apabila mudarat arak ditinjau dari sudut sains,kesihatan, keselamatan mahu pun sosial. Ia jelas mengundang lebih banyak mudarat dari manfaat yang boleh diperolehi masyarakat. Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber alam jika diurus dengan penuh amanah tidak perlu bergantung dengan hasil cukai dari jualan arak.

ABIM juga ingin merakamkan kekesalan apabila pihak penganjur beria-ia menawarkan pelbagai insentif bagi menggalakkan pembelian arak yang boleh menjurus kepada kemudaratan. Antaranya cabutan ‘bertuah?’ Magnum-4D,melakarkan rekod Malaysia dalam ‘6-Pedalist Beverage Cart’dan sebagainya. Turut sama menganjurkannya adalah sebuah Kelab di Raja pada 8 Oktober ini, yang merupakan malam 14Zulhijjah iaitu sehari selepas hari Tasyrik. Begitu juga dengan ungkapan ‘the sexy dirndl ladies’ jelas membayangkan tahap moral yang begitu rendah dan menjurus kepada gejala sosial yang tidak terbendung.

Jelas penganjuran ‘Octoberfest’ ini datang dari mereka yang terjajah pemikirannya dengan acuan Barat yang cuba membawa pengaruh buruk budaya kehidupan Barat secara membuta tuli tanpa keupayaan menyaring yang betul dan baik. Keadaan ini memberi gambaran bahawa wujud ketempangan dalam pertimbangan pemimpin, ahli politik,penganjur dan mereka yang terlibat sebagai peserta. ABIM membantah penganjuran majlis ini bukan sahaja dari sudut Islam sebagai agama kesejahteraan, tetapi juga atas nilai manusia sejagat yang seharusnya menjunjung tinggi‘kewarasan’ akal dan membenamkan segala usaha mempromosi gaya hidup yang tidak wajar dalam kalangan masyarakat.

 

AMIDI BIN HAJI ABDUL MANAN PRESIDEN, ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA.

  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 3