Displaying items by tag: active fast centre

[Misi Presiden ABIM meninjau Pusat Operasi Banjir Skuad Prihatin ABIm Pantai Timur Kelantan - Terengganu - Pahang]

ABIM amat berbesar hati dengan penglibatan sukarelawan daripada pelbagai latar belakang menyertai MISI Banjir Pantai Timur minggu ini. Komitmen dan semangat anda semua amat dihargai. Presiden ABIM, Cikgu Amidi yang dihubungi awal pagi ini menjelaskan bahawa mereka yang terun ke lapangan perlu bersabar dan cekal membantu. Harus mampu untuk berhadapan dengan pelbagai situasi dan minda perlu bersedia kerana anda akan menemui pelbagai orang di lapangan. Bantu mereka selagi yang mampu.

Siri Kembara Asnaf Pertama Ke Kampung Gita Baru. Seramai 40 orang Asnaf menerima sumbangan. Majlis dimulakan dengan Tazkirah daripada Ustaz Husaini Hamdan, disusuli dengan ucapan Ketua Kaum dan Amanat daripada Timbalan Ketua Cawangan PBB N6 Tupong, Kr. Dr. Zaidi Suhaili. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Kr. Dr. Zaidi Suhaili dan majlis ditangguhkan dengan majlis bergambar beramai-ramai.

Putrajaya, 7 Julai 2014: Sekretariat KSSB telah melaksanakan amanah sumbangan orang ramai yang disumbangkan setakat ini untuk disampaikan dalam siri Kempen Seorang Sekampit Beras (ABIM) bersama pengurusan Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya di sekitar 5 buah sekolah dengan 120 penerima.

Bangi, 28 Jun 2014: ABIM Daerah Bangi telah mula mengagihkan sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)Kepada Warga Yang Memerlukan Sekitar Bangi Semalam. Di samping itu, majlis pengagihan KSSB semalam turut menyaksikan pengislaman seorang saudara baru. KSSB tahun ini mensasarkan sumbangan sebanyak RM 500,000 daripada masyarakat untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara. Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam (1402 30100 32527) atas nama ABIM. Untuk makluman dan rujukan lanjut, sila hubungi:- Sekretariat ABIM Pusat (03-4108 4500) Sdra. Muhamad Zikri ( 013-311 7560) Sdri. Aida Muslihah (013-275 0537)

DMC Firewall is a Joomla Security extension!